sekam padi
Super Active Member
- Messages
- 8,898
- Joined
- Dec 17, 2006
- Messages
- 8,898
- Reaction score
- 252
- Points
- 91
Kumpulan pelajar membantah cadangan untuk membenarkan penuntut membawa senjata api ke kampus
AUSTIN - TEXAS. Texas, kelmarin melaksanakan undang-undang yang membenarkan senjata api dibawa ke kampus selepas keputusan kontroversi itu turut dibuat tujuh negeri lain di Amerika Syarikat (AS).
Keputusan itu diumumkan ketika ulang tahun ke-50 memperingati serangan berdarah di Universiti Texas di Austin yang meragut 14 nyawa pada 1966.
Di bawah undang-undang itu, pelajar di setiap universiti awam berusia 21 tahun dan ke atas dibenarkan untuk membawa senjata api di dalam kelas.
Difahamkan, negeri yang melaksanakan undang-undang sama adalah Colorado, Idaho, Kansas, Mississippi, Oregon, Utah dan Wisconsin manakala 18 negeri lain mengharamkan langkah itu.
Sementara itu, beberapa pihak melihat undang-undang itu bukan satu penyelesaian yang baik malah akan menyebabkan lebih banyak keganasan berlaku.
Tiga pensyarah di Universiti Texas percaya kebebasan bersuara akan disekat kerana tindakan membenarkan pelajar membawa senjata api akan mewujudkan persekitaran tidak selamat dan tiada individu yang berani tampil menyuarakan idea mereka.
"Saya tidak takut dengan senjata api. Tetapi, saya bimbang dengan gabungan: tekanan peperiksaan, pesakit mental tidak dikenal pasti dan keupayaan untuk membawa senjata api dalam bangunan universiti," kata Seema Yasmin yang merupakan pensyarah di sebuah universiti awam di Dallas.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) merekodkan jumlah kematian akibat insiden serangan tembakan mencecah 1.5 juta antara 1968 dan 2014, lapor Press TV.
http://www.sinarharian.com.my/global/pelajar-dibenar-bawa-senjata-api-1.548134
