BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Berperang/Kemalangan???

ini ker kes yg lawan ala samurai tuh ekk?

2 kumpulan pelajar bergaduh ‘ala samurai’

KUALA TERENGGANU 1 Feb. – Sebuah sekolah menengah di Manir di sini hari ini digemparkan dengan satu pergaduhan `ala samurai’ dipercayai melibatkan dua kumpulan pelajar yang bersenjatakan pedang dan parang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, seorang pelajar tingkatan empat cedera terkena libasan pedang ketika ‘pertarungan’ membabitkan 15 hingga 18 orang pelajar di padang sekolah berkenaan.

Kejadian dikatakan disaksikan oleh kira-kira 2,000 pelajar, guru-guru serta pengawal keselamatan yang tidak berani menghalang kerana kumpulan tersebut dipercayai menggunakan kira-kira lapan bilah parang dan pedang.

Difahamkan, pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham ekoran kecurian sebiji bateri telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah itu yang sebelum ini pernah digemparkan dengan kejadian membaling bom mercun ke kawasan sekolah.

Salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Norzie berkata, pergaduhan itu berlarutan selama kira-kira 30 minit.

“Kami hanya melihat pergaduhan itu dari jauh dan tidak pasti puncanya. Dalam keadaan kelam kabut itu, ada yang menggunakan pedang dan parang sehingga menyebabkan seorang daripada mereka terkena libasan di perutnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, sewaktu melarikan diri, satu lagi tikaman terkena bahagian belakang pelajar berkenaan, namun dia tidak pasti tahap kecederaan yang dialami kerana mangsa terus meluru ke tandas.

Mangsa dikatakan bukan pelajar sekolah itu sebaliknya belajar di sekolah berhampiran dan datang ke padang itu untuk membantu rakannya yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, dia menyaksikan pergaduhan itu kerana rumahnya terletak hanya di seberang jalan sekolah berkenaan.

‘‘Saya macam tak percaya melihat pergaduhan itu yang seperti aksi dalam filem samurai Jepun, pedang dan parang dihayun sehingga melukakan perut orang lain,” katanya.

Katanya, selepas pergaduhan lerai, dia melihat pelajar lelaki yang cedera itu duduk di sebuah wakaf berhampiran pintu masuk sekolah sebelum meninggalkan kawasan itu menaiki sebuah kereta dipercayai dipandu rakan sekampungnya.

Cubaan untuk mendapatkan pengesahan kejadian daripada pengetua sekolah berkenaan gagal apabila beliau enggan melayan panggilan telefon yang dijawab oleh isterinya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Khairi Ahrasa ketika dihubungi memberitahu, pihaknya hanya menerima laporan seorang pelajar sekolah berkenaan diugut oleh beberapa pelajar yang memegang pedang.

Katanya, laporan itu dibuat di Balai Polis Manir pukul 12 tengahari ini sebelum laporan sama dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu sejam kemudian.
 
Kalau tak silap aku, budak2 ni lontar mercun kat kawasan sekolah. Gaduh antara sekolah.

Ala... dalam surat khabar Metro ada aritu...
 
yang sorang tu macam dah mati je....
 
budak skolah lagi dah tunjuk terel,
aku tembak dgn pistol, suma2 KO.
Nyusahkan mak bapak betul :mad:
 
ni la budak2 zaman skarang...sebab mak bapak gak la..
cikgu dah takda kuasa nak halang murid2 skarang...
nanti mak bapak plak masuk campor...
pasai tu yg jadi kuang ajaq nak mampoih tu..
dapat kat aku..tau la nak ajaq camna....
 
Kang 2

budak skolah lagi dah tunjuk terel,
aku tembak dgn pistol, suma2 KO.
Nyusahkan mak bapak betul :mad:

Aku gunakan Jurus Pembahagi Bayang habis peluru...walau pun kau guna mesingan.....kihkihkih....
 
ooo... ni kompom eksiden nye cerita ni, bukan perang tu la. sebab tu budak tu sorang tgk cam dah mati dah tu. pastu nampak cam banyak bekas bekas serpihan kat tepi tu. :) isk.. sian tgk bebudak ni, lenkali pakai helmet! bawak motor biar berhemat!
 
Back
Top
Log in Register