BTC USD 85,894.5 Gold USD 4,318.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan Minimum RM50k..!! Terbongkar..!!

salam..
betul ke ape yg korang semua bincangkan nie,sbb sye adalah salah s'org staff megasyn consulting,yg konon2nye mcm company menipu tue..sbb saya rse kenyataan saudara akan menjejaskan imej syarikat,so if ape yg saudara dakwa tu xbetul..berkemungkinan saudara bole didakwa..saya da keje hampir 2 tahun kat sini..syarikat ni berdaftar dgn ssm,klo x mcm mne die bole beroperasi..kalu boleh saya nak tahu la jugak nama staff yang dikatakan berlagak tu. Satu perkara yang saudara kena faham. Kami berurusan dgn duit so..... konsentrasi kami tengah keja adalah strict.... mungkin masa tu saudara dtg market tengah ada problem atau keadaan x stabil.

Kami x pernah suruh staff2 kami pergi carik pelabur kalau ilmu yang ada x cukup, kita berurusan dgn duit bukan perkara yang boleh dibuat main.

satu lg perkara yg saudara kene tau,investor yg melabur dgn kami,duit yg di bank in bukanlah atas name syarikat kami atau individu tetapi atas name principal (ECT Capital) yg menggunakan hong leong bank sebagai perantara antara antara client dengan principal..

so,mne yg katenya company kami ni menipu org ramai,..kami da buat profit kepada investor2 kami..if ade ape2 kemusykilan yg saudara nak tau bole pm saya..xperlu nak buat mcm nie..

jgn persoalkan soal berkerja dgn sapa...yang penting bos kami bagus, kalau nak pertikaikan soal kerja...suruh semua org melayu yang kerja dengan TESCO, MCD, KFC, sime derby, SHELL,GIANT,ESSO,PARKSON dan carrefour. Saudara cuba try tanya dan checked siapa punya.... bukan cina bukan yahudi ke???

saya rasa, x salah kalau kita kerja dgn org cina. kita ambik dia punya knowledge dan pelajari semua ilmu yang dia ada. Betul x?? a'slm

if you don't mind can you share with us which broker your company dealing with... turnover dah berapa usdK?....
 
apa lagi ..kasi terjah laa......calling2 lah Mazidol...:)cgrock:)cgrock
 
Salam kawan-kawan semua.
Saya sebenarnya pun ada involved dlm hal yg sm mcm ni.Saya apply kerja utk jawatan admin executive dari akhbar The Star.

Pergi interview di bangunan ambank,jalan yap kwan seng,kuala lumpur(blakang KLCC je).bila diterima kerja,rupanya kena cr investor untuk trading untuk legal broker based di new zealand iaitu Capital Group International Limited.

Trainig diberikan seminggu dan banyak hal-hal pelik saya lihat.Hari-hari kami di ajar untuk melihat so called market,trutamanya USG-GBP,dengan setiap satu pips akan dapat USD 40.

Kata mereka ini mampu kerana pelaburan sebanyak rm 360k @USD 100k membolehkan utk dapat profit yang lebih.

Saya mmg sangat pelik dgn company ni dan saya sbnrnya mohon sahabat-sahabat yg mungkin dh lama involved in forex investment,utk beri pandangan.

Sebab saya masih menyiasat mereka dan pergerakan mereka.Harap sahabat-sahabat semua dapat membantu.Nama company service centre di sini ialah Elegant Destiny Sdn Bhd.
 
aku penah kene dulu ni...tp kat kl..magan avenue ke apa tah kat bnk of china..modus operandi sama..cari pelabur...
 
adakah lojik jika dia kata Value per Point = USD 40?saya dulu percaya la bulat-bulat.mungkin leverage besar kut.

tp,skang saya tertanya-tanya.mereka ni btul-betul beroperasi dgn sah sebagai syarikat untuk legal broker atau semata2 scam je?

mohon pendapat sahabat2 semua.
 
bro...TT mungkin ada sebab untuk mewar-warkan perkara ini....n you pun x sangkal yg pekerja kan sana kena cari customerkan?....terror sangat ke pekerja kat sana trade?...aku rasa kalau result mrk gempak x mustahil mrk akan buat kelas kan? siap boleh tunjuk ss pelabur lg utk yakinkan pelajar...so setiap perkara yg berbangkit ada chain reactionnya n try selak2 tgk kat page2 lain ada yg ada yg setuju dgn TT...

aku bercakap atas dasar pengalaman sb masa aku br lepas habis belajar dulu aku pernah kerja dgn co.yg trade komoditi ni n modus operandi 100% sama....jgn cakap la yg trader yg teror jer yg trade...sb sapa yg cari customer dia akan trade utk customer tu...then dapat commission...

ingat bro kalau untung pelabur senyum tp kalau salah pelabur akan salahkan kau...sb masa nak menyakinkan pelabur MESTI kau takkan cakap bab yg negatif kan...semua positif jer

yup bro...!!
apa yg ko ckp ni mmg betul...
kalo pelabur rugi..mcm mana dgn staf yg kena cari pelabur tuh..??
lagipun statement aku kat sini suruh berhati2...
aku x ckp pun syarikat ni menipu ker apa...
aku rasa org kat CG ni pun boleh menilai baik buruknya operasi syarikat ni..

 
Back
Top
Log in Register