BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan Haram?

mazhab ade banyak ... 4 ... tapi kalau tak belaja mana bleh suka suka ati nak ikut ... mentang orang cakap bleh .. kita pun membuta tuli kata boleh ... kena belajar dulu satu persatu .. dok ngadap kitab dulu ... jadi yang tak belajar tu kena laa ikut apa yang dia fatwakan oleh pihak berwajib
 
ntah la... apsal nak kecoh pasal bank la apa la... skang ni tanya diri sendiri... samada nak jadi ahli syurga ke neraka? kat akhirat bukan tuhan tanya... - awak buat HYIP ni pasal bank pon ada buat benda haram ye?, jadi awak terlepas la sebab bank pon ada buat benda haram, maka u terlepas la... camtu ke aaa? apsal susah sangat nak terima?

ulama pewaris nabi.. bengang ngan ulama, sama ko bengang ngan nabi... dalam soal pelaburan ni, ulama yang ko bengang ada sebut ke pasal pelaburan nih? ulama lain kan? harun din pon sebut haram, ko nak kata dia ulama yang ko bengang ke?


isk boss baca semula saya punya thread tu.....
tak kata semua ulamak.
coz saya memberikan tiga jenis ulamak.
dan saya mengatakan khilaf.
so? adakah saya mengatakan semua?
im not a hyip fan club or supporter..
just bertukar pendapat....

berpecahnya Islam juga kerana ulamak....
terpesongnya kristian kerana ahli kitab yang jahil..
begitu juga taurat yang terpesong...
 
salam all,

sebelum kita menyatakan sesuatu menda dan menjatuhkan hukum,kita perlu tau apa yg kita sedang cakapkan.

TIDAK SMUA HYIP ITU HARAM !!!

cuba pahamkan maksud hyip tu...kalo nak definisikan hyip yg slalu kita main ni...99% HARAM. HYIP tu maksudnya high risk investment program. contoh high risk investment program adalah :

Niaga Hadapan & Opsyen
Pelaburan dalam niaga hadapan dan opsyen menjanjikan tindakan cepat, minimum yang rendah dan keuntungan besar, lebih banyak ganjaran berbanding dengan pelaburan jenis lain. Tetapi ia juga berisiko tinggi. Ya, anda boleh mendapat banyak untung tetapi anda juga boleh mengalami kerugian yang banyak. Niaga hadapan dan opsyen bukan pelaburan untuk mereka yang kurang mahir. Amat penting anda memahami sepenuhnya mengenai aset kewangan ini sebelum mula mempertimbangkan untuk melabur.

/* ini dalah berdasarkan pelaburan yg sebenar, bukan hyip2 yg mungkin anda mention. */

so banyak2 la baca pasal pelaburan ni...jgn main hentam je..

p/s : "lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang sia-sia kerana setiap yg. sia2 itu adalah haram..."
 
lagi satu nak mencelah,

sebenarnya kita ada berpuluh mazhab daripada ahlul sunnah wal jamaah dan bukannya 4 sahaja. tapi yg kekal sampai skarang dan majoriti diguna pakai skarang adalah 4 mazhab, jgn kena kejutan agama kalo nampak ada orang solat dan cara fiqh nya berlainan daripada kita...

kita lebih banyak pertikai perlaksanaan menda2 yg fiqh daripada orang yg. tak buat langsung...ni juga salah satu mentaliti buruk manusia kebanyakan macam kita ni...janji akidah dan tauhid yg sama...go on je..
 
ya abdan...
kekebalan manusia kerana keegoannya tidak mahu mengalah...
terima kasih kerana menggunakan pendapat yang membina...

 
salam all,

sebelum kita menyatakan sesuatu menda dan menjatuhkan hukum,kita perlu tau apa yg kita sedang cakapkan.

TIDAK SMUA HYIP ITU HARAM !!!

cuba pahamkan maksud hyip tu...kalo nak definisikan hyip yg slalu kita main ni...99% HARAM. HYIP tu maksudnya high risk investment program. contoh high risk investment program adalah :

Niaga Hadapan & Opsyen
Pelaburan dalam niaga hadapan dan opsyen menjanjikan tindakan cepat, minimum yang rendah dan keuntungan besar, lebih banyak ganjaran berbanding dengan pelaburan jenis lain. Tetapi ia juga berisiko tinggi. Ya, anda boleh mendapat banyak untung tetapi anda juga boleh mengalami kerugian yang banyak. Niaga hadapan dan opsyen bukan pelaburan untuk mereka yang kurang mahir. Amat penting anda memahami sepenuhnya mengenai aset kewangan ini sebelum mula mempertimbangkan untuk melabur.

/* ini dalah berdasarkan pelaburan yg sebenar, bukan hyip2 yg mungkin anda mention. */

so banyak2 la baca pasal pelaburan ni...jgn main hentam je..

p/s : "lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang sia-sia kerana setiap yg. sia2 itu adalah haram..."

ye encik saya setuju, secara contranya selagi mengikut muamalat islam ianya halal :) tuan lebih handal dalam bidang berkaitan, ustaz² pula arif dalam bidang mereka. maka, untungnya saya daripada mereka adalah ilmu² yang dikongsi bersama... you'll rock the world!!! ngeh ngeh ngeh
 
Last edited:
panas nampak....
bagi aku senang jek..masing2 dah besar dah dgr mana yg ok mana yg sebaliknya.... so pikir sendiri2 la... jgnlah pertikaikan pendapat org lain yg kita sendiri pun tak tau sejauh mana kebenaran pendapat kita.

kita ni mmg nak menang jek. biasanya bila ada org lain yg menegur kita dah pasti kita juga akan mencari kekurangan org tu.. .tu yg kuar pasal bank lah, gaji lah, yg ada siap cite politik la... pe2 la korg ni...

mmg la org yg bg pendapat tu mesti ada asasnya. kita ikut la mana yang baik.

so kesimpulannya nak main HYIP tu ikut korang la kan, main diam2 jek. kira sendiri untung sendiri tanggung

tepuk dada tanya iman....
 
kekawan, aku ingin pesan padamu bahawa pahala dosa adalah hak allah nak memberikan pada sapa yg disukai dan dibencinya
begitu jugak ngan syurga danneraka semuanya adalh haknya, sebelum nak memperkatakan sesuatu tu berhati hatilah, ingatlah kita mati atas apa yg kita niatkan sesunguhnya amal ibadahmu tak mengcukupi membayar nikmat tangan yg allah berikan padamu. yg tinggal hanyalah belasihsannya dan rahmatnya membawa kamu kebahgiaan dan syurga.jgnlah berbangga ngan apa yg kamu ada,
 
Aku dah bukak Account Bank Al Rajhi. Bank Syariah compliant yang terbesar di Arab Saudi. Bukan nak promote tapi cuma nak dapat kepastian. Saper yg keje kat Bank nie ...bagi2 la pendapat.
Yang bestnya. Saving account dia tak ada interest/atau dividen at the end of the year. Cuma aku berminat kat Investment dia. Ada tempoh matang yang kita boleh pilih sendiri... sama ada sebulan, 3 bulan atau setahun dan sebagainya.
Persoalannya adakah pelaburan yang digunakan oleh bank2 seperti syariah bank ini, sama seperti yang di laburkan oleh HYIP2 yang lain. Mereka pun ada forex tapi yg islamik la... Mereka pun ada invest kat Dow Jones..Tapi Dow Jones Islamic Index la.. Kalau dia buat Development project sudah semestinya dia akan ke belah Arab timur tengah...macam Dubai tu.

dan fakta yg paling best sekarang nie ialah:
An increasing percentage of the Islamic community is looking to invest in Shari'ah compliant products

Rujuk

Global Islamic Finance Forum
Kuala Lumpur Convention Centre, 26 - 29 March 2007
 
panas... panas.... xpe2 ngeh ngeh ngeh panas bersifat sementara :D keuntungan boleh dikongsi sama²

pasal Account Bank Al Rajhi tu aku penah dengar... tapi x jumpa plak cawangan yg terdekat... kalau nak bincang kat sini nanti x sesuai plak sbb topik asal jauh menyimpang. emmm, kena bukak thread lain kot? bleh jugak tau pendapat2 member lain :D
 
Back
Top
Log in Register