BTC USD 63,768.5 Gold USD 4,478.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan Haram?

kikilala

Fun Poster
Messages
907
Joined
Mar 14, 2007
Messages
907
Reaction score
2
Points
15
Susah lah nak cakap ulamak kat malaysia nie
cuba diorang selesaikan isu yang belum diselesaikan
banyak isu yang masih belum diselesaikan
KTM atau lebih dikenali dengan Kuda Toto Magnum
why diorang tak selesaikan perkara macam tu?
memang dah fatwa benda tu haram ...
tapi hanya berapa orang penguatkuasa yang lepak jaga kedai KTM nie untuk tangkap manusia yang tak seangkatan forex dengan kita?
bagi chance ler kita nak senang sikit....
takkan nak kasi orang yang kaya bertambah kaya.....

tatapi kita harus ingat di malaysia nie ada 3 kategori ulamak?
1. ulamak yang dibayar gaji
2. ulamak yang berpolitik
3. ulamak yang dikasihi Allah

banyak khilaf telah berlaku diantara ulamak tetapi harus diingat setiap khilaf mesti kita perhalusi muamalat tersebut...

ada sistem perniagaan di internet nie haram dan ada yang mungkin belum jatuh ke landasan haram.

aku pun kenkadang bengang dengan ulamak nie kalau dia pandai bercakap...
contohnya cuba ko tanya ulamak diorang beli kereta pinjaman dari mana?
bayar gaji dari mana?
pinjaman rumah dari mana?
alahaii aku pun buat pinjaman bank rakyat tapi kata jer ada ijab dan kabul...dah dua kali aku buat takda pun diorang buat ijab dengan kabul kat aku diorang suruh sain borang adalah...hehe:þ

ok kebanyakan bank di malaysia mengamalkan sistem riba
so kalau bank tu dah riba tentu haram kan?
jangan kata berurusan dengan bank pijak kaki kat bank pun dah kira berdosa... waAllahualam.
tapi ada member aku cakap....
'owhh boss aku darurat , kalau simpan kat umah kena curi!!'

perghhhh kalau dia punya hal semua darurat .. tapi time kita semua dia salahkan jer...so dia jer darurat .. kita tak darurat ke nak senang dalam hidup?

tapi apa apa pun setiap manusia ada pandangan memasing aku hormati pandangan orang kalau dia kata dia tak ceburi bidang kita nie kerana ada pencagahan di antara ulamak...
tapi yang penting dia tak kata benda nie haram cuma dia risau jer..
jangan jatuhkan haram kalau kita tidak mengkaji dan jangan mengatakan halal kalau kita tidak mengetahui...
so kengkawan aku cuma bagi pandangan jer..tapi aku tak kata riba itu halal ok..yang haram tetap haram :þ
cuma kita yakin pada diri sendiri dan jangan bertelagah dengan orang yang suka berhasad dengki :)

hadiah menghadiahi dalam islam adalah dituntut....
setiap pelaburan mesti dihadiahi dengan keuntungan InsyaAllah.
yang baik kita ambil yang buruk kita jauhi...
yang baik dari Allah yang buruk juga dari Allah hanya kita sahaja yang cuai :þ
 
aku kurang jelas dgn conclusion ko.... pendapat ko tak salah layan HYIP? camtu ke?
 
fikirlah yang terbaik...kita ada akal...jangan pulak menghalalkan yang sudah terang-terang haram,dah jangan pulak mengharamkan benda yang halal...so...fikir fikirkanlah.....
 
aku kurang jelas dgn conclusion ko.... pendapat ko tak salah layan HYIP? camtu ke?

aku cuma nak kita kaji permainan tu dari segi muamalat...
kita kan ada 4 mazhab....
dan kita orang Islam ....
kita layak mengikuti sesuatu mazhab tapi dengan cara kita belajar tentang mazhab tersebut.
coz setiap mazhab ada kesimpulan mereka pada setiap hukum muamalat.

so disini kalau hyip itu tidak melanggar dari segi muamalat Islam tidaklah ianya salah bro.
 
kekeke..emosi tuu
 
memang betul semua ada pandangan sendiri, tapi pandangan adalah berdasarkan kajian mendalam pada kitab alquran dan hadis sahih nabi saw, kita tidak boleh lari dari perkara ini.

jika orang-orangt yang ada kuasa mewujudkan fatwa pun takut dan waswas dengan menegakkan kebathilan. macamana dengan kita yang kerdil ini hendak berbuat demikian? hanya menegur setakat termampu, namun kita hanya ada kuasa bila pilihanraya menjelma, jadi gunakan kuasa itu sebaik mungkin.

hanya Allah saja yang tahu dan maha mengetahui akan apa yang ada dalam kepala otak yang bijak pandai agama(ahli agama).

wallahu'alam.
wassalam
 
aku sokong sgt pendapat ko....kita diberi akal dan ilmu oleh Allah Swt...so kita tau sangat la saper yang sepatutnya dan layak jadi pemerintah berdasarkan tuntutan agama kita...sebagai org Islam kita mesti menyokong apa2 usaha kearah menukar sistem sekular sekarang kearah sistem islam yang sebenarnya tanpa...perlu mewujudkan "camouflage" islam atau tempelan sistem berbunyi islam yg tidak islam sebenarnya...keputusan di tangan anda

:cool: :cool: :cool: ;)
 
pakat2 la kita doakan kesejahteraan malaysia agar tidak jadi cam negara jiran kita...:D
 
boleh x berenti je main hyip tanpa menyalahkan pendapat org lain? kalau nak kaya, baca buku Azizi Ali dan faham betul untuk macam mana nak jadi kaya raya :D

kalau tau bank tu haram, tukar je bank lain yang ada mengikut muamalat islam. kat akhirat nanti allah tak akan menghukum seseorang sekiranya hambanya melakukan sesuatu yg kita tak tahu atau tak sedar.

skg ni masing² dah tahu hukum berkaitan hyip, kalau berkeras ikut hawa nafsu manusia yang tamak, maka teruskan aje tanpa cakap banyak kat public... aku dah berenti hyip ni sejak terasa ada unsur² ketidakadilan dlm program² yang pernah aku masuk :D sebulan kemudian aku terbaca dalam website ustaz zaharuddin mengenai pelaburan internet. maka, ianya umpama satu bonus yang melebihi drpd kekayaan dunia yang aku dapat sekelip mata... ngeh ngeh ngeh. kekayaan bukan diukur dengan duit je. kalau nak duit banyak, kerja keras dan otak biar bernas... dan kekayaan datang pastinya bukan ambik masa yang terdekat.
 
ntah la... apsal nak kecoh pasal bank la apa la... skang ni tanya diri sendiri... samada nak jadi ahli syurga ke neraka? kat akhirat bukan tuhan tanya... - awak buat HYIP ni pasal bank pon ada buat benda haram ye?, jadi awak terlepas la sebab bank pon ada buat benda haram, maka u terlepas la... camtu ke aaa? apsal susah sangat nak terima?

ulama pewaris nabi.. bengang ngan ulama, sama ko bengang ngan nabi... dalam soal pelaburan ni, ulama yang ko bengang ada sebut ke pasal pelaburan nih? ulama lain kan? harun din pon sebut haram, ko nak kata dia ulama yang ko bengang ke?
 
Back
Top
Log in Register