BTC USD 84,167.4 Gold USD 4,267.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan Emas Genneva

berapa gram emas tu? berapa harga? cert ada ke?

Mesti beli atas dari 50grm. Cert ada. Harga 25% lebih mahal dari spot price, tapi lebih kurang mcm kalau kita beli emas dari ebay jugak.
 
Mesti beli atas dari 50grm. Cert ada. Harga 25% lebih mahal dari spot price, tapi lebih kurang mcm kalau kita beli emas dari ebay jugak.

sekarang ni 1gm berapa harga
 
223 per gram, ikut website dia. Tak lama lagi turunla tu ikut trend semasa.

1)program camni xlama lah. bank negara cfm akan datang melawat. masa je menentukan.

2)tentang dianggap upah simpan, bolehla kot tanya ustaz2 yang ada. paling terkenal sekali, UZAR.

tapi kalau nak dianggap upah simpan 2.5% tu, kenapa xbuat macam agro bank je. harga 223, FGJAM xsilap 212. jadi, nilai marhun RM212. patutnya kita bayar 80% max dari nilai marhun. 80% x RM212 = RM169.60. baru betul. bila dia nak balik emas tu, selain 2.5% sebulan, dia akan bayar RM169.60 bila tuntut balik. yang ni, dia kena cek balik dgn setiausaha syarikat, supaya xde tindakan diambil oleh SSM, Bank negara dan SC. kena caranya, cara ni legal. copycat dari redeemable preference share capital. xkena cara, menjawablah dgn SC. bila involve SC dgn bank negara, ejen akan terkena sekali. kalau terkena, ada RM1juta, mungkin masih boleh tersenyum.:))

3)nubex jual 50gram +-RM8,756 atau RM175/gram. Geneva jual RM223. premium, 223/175 = 1.27 atau 27%. kalau company ni xkena dlm setahun, oklah kot. kalau x, hehehehe.
 
1)program camni xlama lah. bank negara cfm akan datang melawat. masa je menentukan.

2)tentang dianggap upah simpan, bolehla kot tanya ustaz2 yang ada. paling terkenal sekali, UZAR.

tapi kalau nak dianggap upah simpan 2.5% tu, kenapa xbuat macam agro bank je. harga 223, FGJAM xsilap 212. jadi, nilai marhun RM212. patutnya kita bayar 80% max dari nilai marhun. 80% x RM212 = RM169.60. baru betul. bila dia nak balik emas tu, selain 2.5% sebulan, dia akan bayar RM169.60 bila tuntut balik. yang ni, dia kena cek balik dgn setiausaha syarikat, supaya xde tindakan diambil oleh SSM, Bank negara dan SC. kena caranya, cara ni legal. copycat dari redeemable preference share capital. xkena cara, menjawablah dgn SC. bila involve SC dgn bank negara, ejen akan terkena sekali. kalau terkena, ada RM1juta, mungkin masih boleh tersenyum.:))

3)nubex jual 50gram +-RM8,756 atau RM175/gram. Geneva jual RM223. premium, 223/175 = 1.27 atau 27%. kalau company ni xkena dlm setahun, oklah kot. kalau x, hehehehe.

:)):)):)):)):)) betul tu klu BNM dh dtg melawat...alamat tk lama lah skim mcm ni brjln.
 
Salam,

Aku bukannya nak backing mana-mana pihak.. Tp bagi aku korang takleh la wat assumption sendiri.. Kena dengar daripada pihak yang berkenaan. Barulah adil dalam membuat pertimbangan.. Berikut ialah apa yang aku dapat daripada pihak berkaitan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada saudara yang dirahmati Allah,

Terima kasih diatas soalan yang diajukan kepada pihak mygoldgoose dan saya mewakili mygoldgoose akan cuba sedaya menjawab persoalan yang diajukan dengan sebaik yang mungkin, sementelah kami juga dalam proses pembelajaran mengenai pematuhan prinsip-prinsip syariah yang dilaksanakan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd (GMSB). Mohon maaf jika terdapat penggunaan bahasa melayu yang kurang sesuai kerana sumber-sumber maklumat mengenai produk Genneva Syariah adalah di ambil dari cetakan bahasa inggeris.

Untuk pengetahuan Tuah, Syariah Compliance GMSB Gold Product telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 Disember 2010 bersamaan dengan 9 Muharam 1432H bertempat di Crown Plaza Mutiara Hotel. Ia adalah usahasama antara Malaysia dan juga Saudi Arabia Friendship Society. Dengan pelancaran produk Genneva Syariah ini, penyimpan atau pembeli boleh memperoleh bar emas melalui konsep Islam daripada pajakan yang digunakan secara meluas iaitu 'Ijarah Thumma Al-Bai' ataupun 'Ijarah Muntahia bi al Tamlik. Model perniagaan yang inovatif ini adalah mematuhi prinsip-prinsip Syariah oleh penasihat kami yang mempunyai pengalaman yang luas dalam perundangan Islam (Usul al-Fiqh) dan urus niaga Islam atau undang-undang komersil (Fiqh al-Mua'malat).

Berikut disenaraikan ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah GMSB:-

1. Prof Madya Dato' Haji Hailani Muji Tahir - Pengerusi
2. Encik Abdul Aziz Ahmad - Chief Syariah & Regulatory Compliance & GMSB Representative to Bank Negara Malaysia
3. Prof. Dr. Asraf Md. Hashim - AJK
4. Pfor. Madya Dr. Shamsiah Mohamad - AJK
5. Encik Mohd Fadhly Md Yusof - AJK

Apakah tugas-tugas mereka di atas? Di antaranya ialah:-

1. Menasihati lembaga majlis mengenai perkara-perkara syariah yang perlu dipatuhi dalam operasi perniagaan;
2. Menyediakan manual pematuhan syariah;
3. Meyediakan dan mengesahkan dokumen-dokumen yang relevan;
4. Memberi panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai perkara-perkara syariah (atas permintaan);
5. Memberi nasihat mengenai perkara-perkara yang perlu dirujuk kepada Badan Penasihat Syariah;
6. Menyediakan pendapat dan pandangan syariah secara bertulis.

Apakah yang menjadikan GMSB beroperasi menurut syariat Islam? GMSB mengamalkan:-

1. Jualan mutlak iaitu prinsip jual dan beli (Al Bai);
2. Bukan suatu skim pelaburan;
3. Aktiviti jual beli dengan budi bicara memberi hibah atau hadiah.

Apakah maksud hibah?

1. Pemberian hadiah dengan budi bicara oleh GMSB secara sukarela;
2. Ia timbul sebagai balasan kerana melalui transaksi secara Islam yang disediakan atau manfaat yang diperoleh;
3. Ia tidak termaktub dalam perjanjian;
4. Perhargaan atau token kepada pembeli dan balasan dari aktiviti jual beli.

Apakah rukun-rukun prinsip syariah?

1. Ada perjanjian jual beli (S&P);

2. Syarat pembeli dan penjual:-
a) Dewasa dan matang
b) Tidak gila atau siuman
c) Berkapasiti untuk menandatangani kontrak dan memahami isi kandungannya
d) Tidak diisytiharkan bankrap

3. Pemilikan barangan didagangkan secara sah;

4. Barangan yang didagangkan itu mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah;

5. Barangan yang telah tersedia untuk didagangkan;

6. Barangan yang didagangkan dan harga mestilah jelas kepada pembeli dan penjual. Sebagai contoh, emas bar seberat 100 gram dijual dengan harga yang ditetapkan oleh Gold BEAM pada ketika transaksi berlaku.

Secara kesimpulannya, transaksi di GMSB bermula dengan perjanjian jual beli. Di bawah perjanjian ini, pembeli dan penjual serius dalam menandatangani kontrak untuk membentuk satu pajakan lengkap dengan pilihan untuk transaksi pembelian balik. Ini kontrak pertama yang dikenali sebagai Ijarah yang menggariskan syarat-syarat untuk menyewa dalam tempoh tetap dan kontrak kedua adalah Bai yang mencetuskan penjualan atau pembelian apabila istilah Ijarah telah disempurnakan.

Akhirnya, ini bermakna kontrak pajakan yang berakhir dengan pemindahan bar emas yang dipajak kepada pembeli atau pemajak secara sah disisi undang-undang. Hasil daripada pemindahan aset/bar emas tersebut, GMSB boleh memberi balasan dalam bentuk jualan hadiah atau diskaun ke atas aset/bar emas yang dibeli kepada pembeli mengikut budi bicaranya. Ia dilakukan dalam satu kaedah di mana apabila penjualan aset/ bar emas kepada pembeli disempurnakan setelah selesai tempoh pajakan.

Kepada saudara Tuah yang dirahmati Allah,

Saya berharap penerangan yang serba ringkas di atas dapat menjawab persoalan seperti di bawah. Apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan apa yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri. Untuk pengetahuan Tuah, maklumat di atas adalah diadaptasi dari Genneva Syariah Training booklet iaitu An Approach To Gold Trading Syariah Compliance di tulis oleh Encik Abdul Aziz Ahmad, Chief of Syariah/Regulatory Compliance, GMSB dan selaku Representative of GMSB to Bank Negara Malaysia.

Disini saya sertakan Genneva Gold launch program untuk pembacaan dan maklumat yang lebih lanjut. Sila klik http://www.rayma.com.my/gennevagold/GennevaLaunchProgram -Scanned Copy.pdf
 
So setakat ni apa yang faham hibah tu adalah pemberian kepada pelanggan. Bukannya pulangan pelaburan. Kalau pulangan pelaburan mungkin termasuk dalam kategori haram sebab dalam syariah mana boleh kita tetapkan pulangan pelaburan secara fixed setiap tahun/ bulanan.

Syarikat membuat keuntungan melalui dua cara,
1. Harga asal emas yang memang dijual lebih tinggi daripada biasa. (xde masalah dalam hal ini, asalkan ada aqad/ persetujuan daripada kedua belah pihak). Kalau kata harga pasaran hari ni RM200 satu gram, ko nak jual Rm300 pun boleh asalkan pembeli setuju.. :)

2. Kenaikan harga emas tersebut bila pelanggan nak jual balik nanti. Sebab aku difahamkan terdapat perjanjian yang mengatakan, kalau nak jual balik emas kepada mereka, perlulah dijual dengan harga asal ia dibeli.. Tp kalau pelanggan nak jual kat tempat lain pun takde masalah..

So aku rasa dari sinilah company dapat profit. Risiko yang perlu ditanggung oleh company ialah emas mengalami kejatuhan harga yang mendadak. Tp mungkin ini jarang berlaku sebab kita sedia maklum harga emas memang stabil..

Bagi pelanggan pulak, keuntungan dijana apabila kita dapat pulangan hibah bulan2 dan kenaikan harga yang lebih tinggi daripada harga asal kita beli.. Katakan kita beli pada harga yang sememangnya dah tinggi iaitu RM200.. Katakan lepas setahun harga emas naik mencecah RM350.. So dah untung RM150.. Janganlah jual kat company tu, jual lah kat orang lain.. kan.. Kenalah bijak.. Nice..

Just my 2 cents.. Mungkin betul mungkin salah.. :) Wallahualam..
 
tima kasih abu muaz sebab beri pandangan yang neutral dan tidak bias (tidak mengikut emosi dan terikut2 dengan kata2 orang) syabas diucapkan...berdiskusi dengan fakta dan tidak buat andaian yang kebarangkalian tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya akan terjadi pada masa hadapan.
saya juga mendapat 2 pm (private message) dimana mereka dah masuk program ni dan telah mendapat pun hibah bulanan, sorang selama 7 bulan..sorang lagi baru 3 bulan. So, dengan harga emas yg agak rendah ketika ini, saya telah membuat keputusan utk masuk juga skim ni bermula dengan a few ratus gram, harap maklum. Terima kasih atas pandangan2 kalian, baik positif maupun negatif. Dengan telah membuat keputusan ini, pandangan selanjutnya (terutamanya yang negatif) tidak diperlukan lagi..kerana sya telah membuat keputusan, selepas solat istikharah. Tima kasih semua..jumpa di topik yang baru..di lain kali. bye-bye, wasssalam. :)cgrock
 
tgk kat situ...kes ABFUND x settle-settle laghi....ada juga lah pengalaman menginvestkan berkeping-keping RM kat abdund tu....HANYUT dibawa arus ganaz
 
Back
Top
Log in Register