BTC USD 81,374.9 Gold USD 4,134.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelabur risau, internet M'sia lembab

we want bandwidth...we want bandwidth..
 
ni semua kes nk untung LEBEY..byr mhl, tp service hancussssss..aku mmg sakit hati psl tnet ni..dh berapa kali lost beribu trade futures psl tnet DC/slow..klu aku jd pelabur australia tu, mmg aku x hingin invest psl tnet slow mcm sipot..dah rugi nnt bkn TM nk gnti..baik xyah melabur langsung..

ni mmg hati panas pnye pasal aku komen dlm ni..


TM NET:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam:
 
ni aku nk tmbh lagi..tenet kat SINGAPORE FREE psl kita ade amik line tlepon..kwn aku dari sne ckp, speed up to 40 Mb/s..dahlah laju mcm supersonic,free laktu..mmg hmpas TM...:(scam:(scam
 
bila pelabur dh bagi warning baru nk terjaga dr lena ka...bila pelabur dah angkat kaki baru nk basuh muka dr lena la...
skrip yg dimainkan oleh tmnet sentiasa sama dr semasa ke semasa dr setahun ke setahun....
 
aku dah letak link nih kat profile facebok aku kehkeh keh.. baru la orang tertentu baca.. uh.. sedapnya maxis bb.. stim aku dibuatnya.. laju aje aku reply.. tapi kena saving data.. 3Gb aje per month..

sape yg baca? ramai ke yg masuk fb ko tu? ke memang akan masuk semua fb... ngape aku x nampak pun
 
tggu la HSBB siap..

betul ke nie??

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) mengadakan perbincangan dengan Telekom Malaysia untuk menyediakan rangkaian berkelajuan tinggi ke rumah (FTTH) di kawasan bandar terpilih bagi meningkatkan liputan jalur lebar di Malaysia. FTTH juga dirujuk sebagai gentian ke bangunan (FTTB), yang termasuk gentian optikal yang dipasang terus ke rumah atau syarikat, menyediakan perhubungan Internet berkelajuan tinggi. Menterinya Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik hari ini berkata kerajaan masih membincangkan perkara itu dengan penyedia telekomunikasi bagi memastikan skim pembiayaan yang betul bagi projek berkenaan. "Perkara ini termasuk di bawah Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelancaran Jalur lebar, jadi saya akan mengemukakannya kepada jawatankuasa itu bagi memutuskan mengenai pembiayaan untuk membekal ke kawasan bandar dan pinggir bandar terpilih," kata beliau kepada pemberita selepas perasmian Sidang Kemuncak Keempat Utiliti Negara 2007 di sini. Beliau menganggarkan kos bagi pemasangan FTTH bagi kawasan bandar terpilih kira-kira RM13 bilion manakala kos bagi seluruh negara ialah RM56 bilion. Di dalam ucapannya pada acara itu, Dr Lim berkata jika kerajaan menanggung kosnya, ia akan merupakan akses pada harga yang dikawal tetapi jika Telekom mahu menyokong kos itu, ia berpeluang memutuskan mengenai kawasan liputannya. Beliau, bagaimanapun, tidak mengulas lanjut kemungkinan struktur harga bagi perkhidmatan itu jika Telekom memutuskan untuk menyerap kosnya. Lim menegaskan bahawa sejak beliau menyertai kementerian itu pada 2004, liputan jalur lebar telah meningkat dari empat peratus kepada kira-kira 14 peratus isirumah, tetapi beliau menganggap ini masih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan Korea Selatan, yang mempunyai kadar yang lebih tinggi. "Kami telah mengurangkan sasaran liputan jalur lebar sehingga 2010 dari 75 peratus kepada 50 peratus isirumah. Ini bagi memastikan bahawa kita benar-benar mencapai sasaran yang telah ditetapkan," katanya. Bagi memenuhi cabaran pada masa akan datang, katanya kerajaan akan memastikan peruntukan prasarana jalur lebar yang mencukupi di negara ini bagi menampung keperluan industri dan juga pengguna.



memang dah siap,siap masuk poket masing2..kalau betul2 jujur,amanah,ikhlas, dah lama laju internet dekat malaysia ni...aku nk tanye bekas menteri Lim Keng Yaik lu ape bikin itu wang RM69billion???:(scam
 
Haha..Malaysia bukan kira apa..janji kroni untung ngan duit masuk jer..kalau Internet laju byk sebenarnya advantage kat rakyat ni...specially utk bersaing dalam dunia biz global ..tapi apakan daya Menteri is the KING...bukan rakyat..apa yang mereka faham pasal permasaalahan rakyat? x peduli pun dan politik politik politik....just for money...thats it....who cares...
 
Back
Top
Log in Register