BTC USD 82,481.8 Gold USD 4,131.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelabur risau, internet M'sia lembab

mesti best nk trade klu internet laju...negara lain dh siap leh tgok tv live streaming jer...dh la laju xde sangkut2 plak...bengong...hapus monopoli telekom!! biar sykt luar masuk bersaing

kita xde kuasa..

at least ada company besar yg bleh challenge ngan TM..

adeh
 
aku punya berukband rupanya dah abih kontrak bulan 8...bengong tul aku...nak kasik terminate...sekang nak fikir, amik P1 ka amik streamyx...
 
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) mengadakan perbincangan dengan Telekom Malaysia untuk menyediakan rangkaian berkelajuan tinggi ke rumah (FTTH) di kawasan bandar terpilih bagi meningkatkan liputan jalur lebar di Malaysia. FTTH juga dirujuk sebagai gentian ke bangunan (FTTB), yang termasuk gentian optikal yang dipasang terus ke rumah atau syarikat, menyediakan perhubungan Internet berkelajuan tinggi. Menterinya Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik hari ini berkata kerajaan masih membincangkan perkara itu dengan penyedia telekomunikasi bagi memastikan skim pembiayaan yang betul bagi projek berkenaan. "Perkara ini termasuk di bawah Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelancaran Jalur lebar, jadi saya akan mengemukakannya kepada jawatankuasa itu bagi memutuskan mengenai pembiayaan untuk membekal ke kawasan bandar dan pinggir bandar terpilih," kata beliau kepada pemberita selepas perasmian Sidang Kemuncak Keempat Utiliti Negara 2007 di sini. Beliau menganggarkan kos bagi pemasangan FTTH bagi kawasan bandar terpilih kira-kira RM13 bilion manakala kos bagi seluruh negara ialah RM56 bilion. Di dalam ucapannya pada acara itu, Dr Lim berkata jika kerajaan menanggung kosnya, ia akan merupakan akses pada harga yang dikawal tetapi jika Telekom mahu menyokong kos itu, ia berpeluang memutuskan mengenai kawasan liputannya. Beliau, bagaimanapun, tidak mengulas lanjut kemungkinan struktur harga bagi perkhidmatan itu jika Telekom memutuskan untuk menyerap kosnya. Lim menegaskan bahawa sejak beliau menyertai kementerian itu pada 2004, liputan jalur lebar telah meningkat dari empat peratus kepada kira-kira 14 peratus isirumah, tetapi beliau menganggap ini masih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan Korea Selatan, yang mempunyai kadar yang lebih tinggi. "Kami telah mengurangkan sasaran liputan jalur lebar sehingga 2010 dari 75 peratus kepada 50 peratus isirumah. Ini bagi memastikan bahawa kita benar-benar mencapai sasaran yang telah ditetapkan," katanya. Bagi memenuhi cabaran pada masa akan datang, katanya kerajaan akan memastikan peruntukan prasarana jalur lebar yang mencukupi di negara ini bagi menampung keperluan industri dan juga pengguna.



memang dah siap,siap masuk poket masing2..kalau betul2 jujur,amanah,ikhlas, dah lama laju internet dekat malaysia ni...aku nk tanye bekas menteri Lim Keng Yaik lu ape bikin itu wang RM69billion???:(scam

kalu siap pown,kawasan under BN je dpt aku rase..
nak ke diorg kasi kat pembangkang??

psal jambatan time pru pown dah xdpt sbb BN kalah..
:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam
 
nak buat camner.....paling laju kat semban ni pun tak cecah 4 mbps....

kat singapore minimum 8 mbps...

ada yg pakage 20mbps....

aku rasa aku dah tua sok pun belum tentu dapat merasa :))

1 MALAYSIA - kearah generasi jumud :))
 
MALAYSIA punya menteri ni suma kaki borak jer.....perlaksanaan tadakkkkkkkkkkk.........kaki carut ler suma.....

skit skit nak mesyuarat....skit skit tubuh suruhanjaya itu ini...pastu jawatan kuasa itu ini....jalannya tidak....

kaki temberang jer bender bender ni suma...
 
aku punya berukband rupanya dah abih kontrak bulan 8...bengong tul aku...nak kasik terminate...sekang nak fikir, amik P1 ka amik streamyx...

ko duk area mana?
kalo atas bukit & dkt dgn area2 P1, amik la P1.
:)cgrock
 
nak buat camner.....paling laju kat semban ni pun tak cecah 4 mbps....

kat singapore minimum 8 mbps...

ada yg pakage 20mbps....

aku rasa aku dah tua sok pun belum tentu dapat merasa :))

1 MALAYSIA - kearah generasi jumud :))

yg 4mbps tu bkn diorg kata kt tmpt2 tertentu kt putrajaya ke?
:-?
 
MALAYSIA punya menteri ni suma kaki borak jer.....perlaksanaan tadakkkkkkkkkkk.........kaki carut ler suma.....

skit skit nak mesyuarat....skit skit tubuh suruhanjaya itu ini...pastu jawatan kuasa itu ini....jalannya tidak....

kaki temberang jer bender bender ni suma...

sedangkan projek juta2 pun diorang kecoh nak amik peluang inikan plak projek berbillion2, mmg tak sudah2 la mesyuarat nak bincang sorang dpt berapa
 
sedangkan projek juta2 pun diorang kecoh nak amik peluang inikan plak projek berbillion2, mmg tak sudah2 la mesyuarat nak bincang sorang dpt berapa

hm..pilihan raya cara terbaik untuk menentukan masa depan kita:(
 
Back
Top
Log in Register