BTC USD 81,458.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PEKIRA vs PPIM

PEKIRA? 1st time aku dengar nama dia.. Apa fungsi ngo ni..
 
Ini NGO wayang jee.. nii selagi PPIM tak langgar LAW diorang boleh kutuk kot jauh jee... samseng kalau tak langgar LAW samseng ke??
 
Jeles lettew.

Dia ni kalau boleh nak dia yang jadi hero pejuang hak pengguna.

Aku tengok muka dia ni pun cam samseng.

Cam poyo jer tiap kali kuat Buletin Utama.


belaan sape lak ya macha nie ..


:-?:-?:-?​
 
Dia nak tunjuk la kata dia bekecimpong dalam NGO ni, NGO ni "hidup dan

bergerak"...untong2 pemerintah lantik jadi senator&maka terbentanglah

jalan untuk jadi elitis sbg menteri
 
Pekira tumpu isu usahawan, anak muda

image.jpg


KUALA LUMPUR 20 Jun - Perkembangan suasana politik tempatan terus mencuri perhatian umum apabila sebuah lagi parti politik iaitu Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) ditubuhkan.


Parti yang berteraskan kepada perjuangan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) itu memfokus kepada isu-isu dihadapi oleh golongan usahawan khususnya dalam kalangan belia bawah 40 tahun yang didakwa dipandang sepi oleh parti-parti lain.


Presiden Pekira, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, penubuhan parti itu juga adalah rentetan daripada desakan ahli-ahli Ikhlas dari seluruh negara sendiri yang mahukan sebuah parti alternatif untuk membela golongan tersebut.


Katanya, parti itu secara dasarnya menyatakan sokongan kepada kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).


“Kami akan memberi tumpuan kepada isu-isu usahawan dan juga golongan muda. Sejak 10 tahun turun padang saya dapat lihat, nilai masalah yang dihadapi oleh golongan ini, ada yang terbela oleh parti politik dan ada juga terabai, tetapi mereka datang dan percaya kepada Ikhlas.


“Dari situ, saya nampak sokongan yang diberikan. Kami komited membantu menangani kos sara hidup rakyat, khususnya usahawan serta belia,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Redzuan memberitahu, parti itu telah didaftarkan secara dalam talian pada Mei lalu dan sedang menunggu kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Katanya, selain daripada ahli Ikhlas sendiri, keahlian parti itu memberi tumpuan kepada pengundi-pengundi atas pagar. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pekira-tumpu-isu-usahawan-anak-muda-1.495341#ixzz4yeyju1Wp
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Back
Top
Log in Register