ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mangsa maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang terbabas di jalan utama Felda Simpang Waha.
KOTA TINGGI - Seorang pekerja kebun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di jalan utama Felda Simpang Waha berhampiran Petronas, petang kelmarin.
Mangsa, Raup Omar, 47, beralamat di Felda Aping Timur, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggangnya hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dari arah Felda Simpang Waha menghala Simpang Tiga Jalan Lok Heng-Mawai terbabas sendiri.
"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan dan meninggal dunia di lokasi.
"Siasatan mendapati, tempat kejadian adalah jalan lurus dua hala selepas selekoh dengan garisan berkembar di tengah jalan. Semasa kejadian, cuaca juga dalam keadaan baik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat.
Manakala, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.