BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja kafe siber ditemui mati ditikam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MELAKA TENGAH: Seorang pekerja kafe siber ditemui mati ditikam di Taman Limbongan Permai, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa Goh Meng Yee, 23, dipercayai ditikam oleh teman lelakinya selepas berlaku pergaduhan di antara mereka.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata siasatan awal mendapati selepas menikam mangsa suspek berusia 23 tahun itu dipercayai bertindak menikam diri sendiri.

"Mangsa disahkan mati di tempat kejadian dengan kesan tikaman di perut dan satu pisau rambo turut ditemui bersebelahan mangsa.

"Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan dan akan ditahan bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pekerjakafesiberditemuimatiditikam/Article/?bh
 
Hari-hari kes bunuh...OH negaraku yang aman..syukur
 
Back
Top
Log in Register