BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pejaram mahu hapus perpaduan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dinamakan Persatuan Jiran Aman Rakyat Malaysia (Pejaram) diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan baru-baru ini.

Pejaram ditubuhkan dengan tujuan untuk mengikis bibit-bibit antisosial dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Khalil Wahab berkata, persatuan itu juga mahu memupuk dan memperjuangkan nilai-nilai perpaduan dan menggabungkan badan-badan dan persatuan penduduk meliputi ahli-ahli Rukun Tetangga (RT) di seluruh negara.

"Pejaram kini dalam proses perasmian dan sedang mendaftarkan ahli-ahlinya yang terbuka kepada orang ramai dan persatuan penduduk dan ahli-ahli Rukun Tetangga," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berharap Pejaram akan dapat mengumpulkan seramai 100,000 ahli berbilang kaum dan agama bagi merealisasikan konsep 1Malaysia.

Khalil berkata, persatuan itu juga berhasrat untuk mengumpul modal bagi mewujudkan peluang-peluang pelaburan termasuk menubuhkan koperasi serta memajukan ekonomi serta kebajikan untuk ahli-ahli persatuan.

"Kita juga akan menjalin hubungan rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha memupuk nilai-nilai keharmonian dan integrasi di kalangan masyarakat," katanya.

Kepada yang berminat untuk menyertai Pejaram, bayaran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dan yuran tahunan sebanyak RM12 manakala yuran untuk ahli seumur hidup ialah RM100.

Borang masuk dan keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Khalil di talian 03-61893252 atau 019-3883318 atau Setiausaha Pejaram, Hamiri Saldin (012-3046614) atau e-mel [email protected].
 
Macam salah tajuk saja utusan nie :-?
 
Back
Top
Log in Register