BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peguam MCA sertai DAP

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
lee.jpg

Pakatan Rakyat Parlimen Temerloh mendapat suntikan semangat baru apabila seorang peguam bekas pemimpin MCA bahagian ini bertindak menyertai DAP bersama 200 penyokong.

Lai Chee Ming (gambar) mengisytiharkan demikian semasa majlis jamuan makan anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kuala Semantan di Kampung Baru Cina di sini, kelmarin.

Lai yang mempunyai firma guaman di negeri ini dan Kuala Lumpur ketika diberi peluang berucap dalam majlis berkenaan berkata, beliau menyertai DAP kerana merasakan berlaku terlalu banyak ketidakadilan kepada rakyat tetapi didiamkan oleh pihak yang menyokong kerajaan.

“Sebab itulah saya ambil keputusan menyertai PR setelah melihat sistem penyampaian dalam kerajaan tidak efisyen. Tetapi apabila berada di sebelah kerajaan kita tidak mungkin dapat menegur dengan baik tambahan ahli-ahli politik komponen BN dilantik menduduki jawatan di majlis umpamanya, sebagai kuota pelengkap saja.

“Hari ini kita boleh melihat penjawat awam kadang-kadang bekerja dengan arahan orang politik, menyebabkan rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat daripada jabatan-jabatan kerajaan semakin susah,” katanya.

Lai turut menyatakan beliau juga kesal dengan pendirian Kerajaan Negeri Pahang yang membenarkan kilang Lynas yang memproses nadir bumi dibenarkan beroperasi di Gebeng, Kuantan tanpa mempedulikan keluhan rakyat dan penduduk yang terlibat.

Turut berucap dalam majlis santai dihadiri lebih 1,000 orang itu ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Adun Triang Leong Ngah Ngah dan Pengerusi DAP Temerloh Woo Chee Wan

sumber
 
Syabas. Org2 Cina ramai dah sedar. Melayu bila lagi?
 
orang cina memang bersatu hati...
 
..dan yg pertama melompat bila ada 'offer' yg menarik....
 
takper.. DAP punya masuk MCA 2000 orang :)
 
Back
Top
Log in Register