kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 7,504
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 7,504
- Reaction score
- 89
- Points
- 80
PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) – Setiap pegawai SPRM perlu berfikiran lebih kreatif, berdaya saing dan adaptif dalam mendepani cabaran jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pendekatan tradisional semata-mata tidak lagi mencukupi, sebaliknya warga kerja SPRM perlu berani memperbaharui kemahiran seiring dengan perubahan teknologi semasa.
“Kita tidak boleh kekal dengan cara lama. Setiap pegawai SPRM perlu mengasah kreativiti dalam pendekatan siasatan, pendidikan dan komunikasi risiko rasuah.
“Persaingan dan cabaran kini menuntut kita bekerja dengan lebih pintar, bukan sekadar lebih kuat,” katanya ketika menyampaikan amanat khas sempena lawatan kerja ke pejabat SPRM Sarawak di Kuching di sini, semalam.
Pegawai SPRM Perlu Berfikiran Kreatif, Adaptif
Pegawai SPRM Perlu Berfikiran Kreatif, Adaptif