azmann33
Legendary Member

- Messages
- 13,645
- Joined
- Mar 2, 2009
- Messages
- 13,645
- Reaction score
- 2,073
- Points
- 261
Pegawai SPRM Disyaki terbabit Curi Dan Tembak Kerbau
5 Ogos 2013
Kuala Lumpur: Empat lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas menembak seekor kerbau dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dalam kejadian di Bukit Tagar, Hulu Selangor, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, empat suspek terbabit dikatakan leka memunggah daging kerbau yang sudah siap dilapah ke dalam dua kereta di kawasan hutan itu.
“Perbuatan itu terbongkar selepas penduduk kampung mendengar bunyi tembakan, pantas memaklumkan kepada pemilik ternakan yang kemudian melaporkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahaya Affandi, berkata keempat-empat suspek berusia 20 hingga 30-an termasuk pegawai SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditangkap beberapa jam selepas kejadian.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmpatditahantembakkerbauuntukjualanAidilfitri/Article
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya, ditahan polis malam kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kes curi dan menembak seekor kerbau di Hulu Selangor.
Lelaki berusia 36 tahun dari bahagian tatatertib SPRM Putrajaya itu ditahan bersama tiga lelaki lain setelah pemilik kerbau terbabit membuat laporan polis.
Pemilik kerbau memaklumkan, suspek tanpa rasa takut, mengakui telah menembak kerbau terbabit sebelum menyembelih dan melapahnya.
http://www.tv3.com.my/beritatv3/ber..._Disyaki_terbabit_Curi_Dan_Tembak_Kerbau.html
"