BTC USD 86,205.5 Gold USD 4,160.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai penempahan tiket

niaga22

Fun Poster
Messages
237
Joined
Feb 9, 2007
Messages
237
Reaction score
0
Points
10
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Syaza Travel seperti maklumat berikut;

PEGAWAI TEMPAHAN TIKET (FLIGHT TICKET)
Lokasi : Taman Kosas, Ampang

Kelayakan:

•Berpengalaman dalam bidang pelancongan dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan.
•Berkemahiran dalam sistem Abacus / Galileo (Tempahan tiket penerbangan dalam & luar negara)
•Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
•Kemahiran kepimpinan dan skil komunikasi yang baik
•Boleh melakukan pelbagai tugas dan menepati tarikh akhir yang ditetapkan.
•Komitmen yang baik dalam tugasan harian dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
•Semangat kerja berpasukan, boleh dipercayai dan disiplin.
•Jujur, berdikari, kreatif dan bermotivasi tinggi.
•Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dan mahir dalam aplikasi computer seperti Microsoft Word, Excel dan lain-lain.
•Pengambilan segera
.Gaji boleh dirunding mengikut pengalaman.
________________________________________

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan ‘resume’ yang lengkap beserta salinan sijil akademik, pengalaman kerja dan gambar terbaru ke:-

Email : syazatravel @ gmail.com
Tel : 03-4296 2019
 
Telefon, tetapkan tarikh / waktu untuk temuduga. Masih lagi kosong setakat notis ini dikeluarkan.:D
 
berat kerja ni..kena plak flight cancel pstu client dtg mtk balik duit, bos suh bgtau 'cakap sy takde' haha
 
untung sapa dah ada exp keja tu,gaji boleh petik berapa nak,terbaik..
 
kalau xde pengalaman dalam bidang pelancongan dengan abacus/galileo tu rasa2 boleh apply x?
 
kalau xde pengalaman dalam bidang pelancongan dengan abacus/galileo tu rasa2 boleh apply x?

Terima kasih bertanya. Bidang ni memerlukan kemahiran menggunakan sistem abacus / galileo. Sistem ni adalah secara real time untuk buat tempahan tiket, pengeluaran tiket dan pengesahan tempat duduk. Jika tak pernah guna, takut nanti customer nak pegi Hongkong tapi dihantar ke Beijing :D

Setiap negara atau tempat ada three letter code yg mewakilinya. Contohnya : JHB = Johor / JNB = Johannesburg / PEN = Penang / PER = perth.. jd tak boleh ada mistake masa nak buat booking. Customer tak paham benda2 camtu, yg mereka tahu order, bayar dan fly.

Kekosongan masih ada. Harap maklum
 
Back
Top
Log in Register