BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai Pengambilan Pelajar Diperlukan

lingkesh

Fun Poster
Messages
107
Joined
Jan 8, 2011
Messages
107
Reaction score
0
Points
10
Pegawai Pengambilan Pelajar

Nama Syarikat: Kumpulan Kolej CQ Breyer

Jawatan: Pegawai Pengambilan Pelajar

Gaji: Boleh dirunding semasa temuduga

Tugas Dan Tanggungjawab:

- Memberi nasihat kepada pelajar-pelajar berpotensi dan mendaftar mereka pada program yang sesuai

- Memastikan target yang ditetapkan setiap bulan dicapai

- Mengambil bahagian dan memberi bantuan dalam perlaksanaan pelan pemasaran dan strategi

- Terlibat dalam pelbagai aktiviti pendaftaran pelajar bagi pemasaran program/kursus yang ditawarkan oleh Kolej CQ Breyer

- Mengambil bahagian dalam pameran pendidikan, roadshow, lawatan sekolah dan lain-lain

- Menganjurkan bengkel, acara, hari terbuka dan ceramah yang membantu dalam pendaftaraan pelajar.

- Berhubung dengan guru-guru sekolah menengah serta kaunselor

- Beri penerangan, maklumat dan butir-butir kepada pelajar dan ibubapa tentang program dan struktur yuran yang ditawarkan.

Kelayakan:

- Calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya diploma

- Kemahiran berkomunikasi yang baik

- Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan fasih

- Boleh bekerja lebih masa jika diperlukan

- Berdisiplin, bermotivasi dan berinisiatif

- Pengalaman kerja dahulu dalam industri pendidikan adalah kelebihan

Jika berminat sila hubungi 010-2511742 (Lingkesh) atau email resume ke [email protected]
 
Back
Top
Log in Register