BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai kanan maritim cedera ditembak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) cedera di perut selepas ditembak oleh dua lelaki dalam kejadian di lebuh raya berhampiran Puchong, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shukri Dahlan ketika mengesahkan kejadian, berkata dua suspek terbabit turut melarikan kereta bersama-sama isteri mangsa yang kemudian ditinggalkan tanpa sebarang kecederaan di sebuah stesen minyak di Bangi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Nazaruddin Mat Ali, 35, yang bertugas sebagai Pengarah Pentadbiran Bahagian Kewangan Maritim di Kuantan dan isteri AlawiyahHaron, 35, seorang eksekutif syarikat swasta, dalam perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih.

Kereta yang dipandu mangsa kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain dan ketika mangsa keluar untuk berbincang mengenai kemalangan itu, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahagian kiri perut mangsa, katanya di sini hari ini.

Menurut Shukri, suspek kemudian melarikan kereta itu bersama-sama Alawiyah yang kemudian ditinggalkan selepas suspek menyamun beg tangan, telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangannya.

"Kereta Honda Accord milik mangsa ditemui semula di Jalan Persiaran Bangi di simpang masuk Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi pada petang hari kejadian," katanya.

Shukri berkata polis percaya kejadian bermotifkan samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menurutnya mangsa yang dirawat di Hospital Serdang dilapor dalam keadaanstabil.

Sementara itu, keluarga mangsa yang ditemui Bernama di Hospital Serdang enggan ditemu bual.- Bernama
 
dah banyak kali orang sembang pasal taktik gini,paper ada,berita ada,cg ada tp kena juga..
 
Tembak lg..
Aduhai..
Lg 5tahun cmne la malaysia ni agaknye
 
ye ke samun? atau mmg nak tembak mamat tu?

pehal lak nak samun mamat tu huhu....baik samun kedai toke emas
 
nasib baik selamat..

nasib baik jugak isteri tidak di apa2kan..

mintak2 penjenayah tu tertangkap..
 
mangsa ni bukan anggota APMM..beliau gunasama jer..

Salam YDH Dato, makkuman awal
Lapuran mangsa kena tembak di lebuhraya nkve.
Sek 394 KK


Mangsa: Nazaruddin bin mat ali @ ibrahim.
Kpt : 781219-06-5357
Umur. 35 thn.
Kerja : PTD maritim kuantan ( pengarah pentabbiran bahagian keewangan) gred 48 awam
Kecederaan: perut sebelah kiri. Luka tembus dibahagian belakang.

Isteri mangsa. Alawiyah bt harun.
Kpt. 781110-08-6402
Kerja. Executive officer.
Tiada kecederaan.

Fakta kes

Pada 04/01/14 jam l / kurang 1145 hrs semasa mangsa bersama isterinya menaiki honda accorrd 2.4 cc warna gold no pendaftran wvy 75 dari shah alam menghala kesemenyeh sampai selepas susur dari puchong telah dilanggar dari belakang oleh saspek 2 lelaki melayu guna mkar toyota wish no tak dicam. Mangsa keluar dari kereta buat perbincangan tentang kemalangan. Ketika itu Saspek telah memasuki kereta pengadu . Pengadu cuba menarik saspek keluar tiba tiba saspek telah mengeluarkan sesuatu dari jaket yang dipakai , terus mendengar satu das tembakan. Pengadu jatuh ditepi jalan. Pengadu telah ditembak 1 das di bahagian perut sebelah kiri. Mangsa di tinggalkan ditempat kejadian manakala isteri mangsa dibawa lari dengan kereta mangsa. Isteri mangsa telah ditinggal berhampiran petronas bangi dan diselamatkan oleh anggota polis dan terus di bawa ke balai polis bangi. Mangsa kena tembak dalam keadaan stabil masih menerima rawatan di hospital serdang dan isteri mangsa tiada apaapa kecederaan.

Siasatan/tindakan
1.temubual isteri mangsa telah dibuat maklumat diperolehi:-
- saspek 2 lelaki melayu.
Salah seorang berbadan kurus. Saspek memakai baju t shirt gelap, seluar jean dark blue, memakai topi cap.
2.isteri mangsa boleh cam dan boleh buat fotofit gambar saspek.
3.semasa didalam kereta ketika dilarikan saspek telah memaksa isteri mangsa menyerahkan barang barang kemas mangsa yang mengandungi 1 hand beg mengandungi barang kemas 1 rantai leher, 1 gelang tangan. Hand phone jenis linovo no. 0195254454. Alcatel 019-5254455.
4. Semakan lokasi
0195254454 off di putra permai selesa taman pinggiran putra seri kembangan
0195254455 off jln pandan 8/8 taman jaya pandan jaya kuala lumpur
5. Kereta milik mangsa WVY 75 ditemui semula di jalan persiaran bangi disimpang masuk sek 4 tambahan bandar baru bangi.
6, semasa pihak perubatan menanggalkan pakaian menjumpai satu anak peluru . Kemek dibahagian hadapan
7. Motif dipercayai samun.
 
ye ke samun? atau mmg nak tembak mamat tu?

pehal lak nak samun mamat tu huhu....baik samun kedai toke emas

memang nak tembak tuuu.. amaran. samun kira side income je. income sebenar = motif tembak. camtu la rase nye

:-?:-?:-?:-?
#:-S#:-S#:-S
 
Back
Top
Log in Register