BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pecut MPV lawan arus

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,258
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,258
Reaction score
1,663
Points
201
Pecut MPV lawan arus

SEKINCHAN: Sebuah kenderaan dipecut secara lawan arus sejauh kira-kira dua kilometer (km) dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis, semalam.

Terdahulu dalam insiden kira-kira jam 6.30 petang, kedua-dua suspek dipercayai cuba meloloskan diri selepas menyedari polis melakukan pemeriksaan di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon, berkata justeru polis bertindak mengekori kenderaan pelbagai guna (MPV) itu hingga ke Jalan Tali Air 6.

"Bagaimanapun setiba di lokasi, suspek memandu secara lawan arus hingga ke Jalan Tali Air 7 dan terus memasuki Jalan Haji Miskan.
"Apabila sampai di jalan itu, pemandu disyaki melompat keluar dari kenderaan yang masih bergerak, sekali gus menyebabkan MPV berkenaan terbabas ke parit di sebelah kiri jalan.

"Pemandu terbabit dapat melarikan diri, namun seorang lelaki di tempat duduk penumpang hadapan berjaya ditahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 27 tahun itu menemui 19 peket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram di dalam beg sandangnya.
"Dadah terbabit dianggarkan bernilai RM450. Hasil semakan lanjut mendapati suspek yang mengalami kecederaan ringan di kaki kiri, turut mempunyai rekod lampau dadah.

"Malah, ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Chee Khoon berkata, suspek kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

Susulan itu, beliau berkata, polis sudah mengenal pasti identiti pemandu MPV terbabit dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video dalam laman sosial yang menunjukkan sebuah MPV dipandu secara lawan arus sambil dikejar polis.

Video berdurasi 1 minit 2 saat itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemandu MPV terbabit kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.

#beritaharian
 
ooo kalau ini ok lah, aku maafkan.

at least mmg tujuan nak larikan diri, kalau aku pun kena kejar harimau, lompat bangunan 3 tingkat pun aku sanggup.

lain lah kalau pandu lawan arus sebab alasan ada kad OKU.
 
Mcm movie ni lompat masa keta bgerak. Mber sebelah kena game
 

Pemandu lawan arus ada 4 rekod dadah

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin- September 19, 2021 @ 3:49pm
[email protected]

geela_1632037984.jpg


Tangkap layar video tular di laman sosial memaparkan polis mengejar sebuah MPV yang melarikan diri dari pemeriksaan polis di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, kelmarin. - Foto tular


SEKINCHAN: Polis sudah mengenal pasti identiti pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu secara melawan arus sejauh kira-kira dua kilometer di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon, berkata suspek lelaki berusia 26 tahun itu mempunyai empat rekod lampau membabitkan dadah.

Polis sedang mengesan suspek yang keluar dari kenderaan dipandunya dalam keadaan masih bergerak sehingga terbabas ke parit sebelah kiri jalan.

"Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai rekod dadah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu media melaporkan MPV dipandu secara melawan arus dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, kedua lelaki itu cuba meloloskan diri selepas menyedari pemeriksaan yang diadakan anggota polis.

Penumpang MPV berusia 27 tahun sudah ditahan dan pemeriksaan menemui 19 paket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram dalam beg sandangnya.


 
Back
Top
Log in Register