BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pecahkan cawan bengang punya pasal kena tegur merokok

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,530
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,530
Reaction score
1,681
Points
201


‘Kau salah, kau pula yang mengamuk’

PETALING JAYA – Seorang pelanggan mengamuk dengan mencampak cawan ke lantai sehingga pecah gara-gara berang ditegur oleh pekerja di sebuah kedai makan.

Situasi tersebut berlaku apabila pelanggan terbabit menghisap rokok di dalam kedai dan kemudiannya dia ditegur untuk tidak berbuat demikian.

Tindakan pelanggan tersebut dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai makan terbabit dan kini telah tersebar di media sosial sehingga meraih lebih 27,000 tontonan.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kedai makan yang terletak di Taman Seremban Jaya, Seremban dekat Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam pelanggan terbabit kerana merokok di dalam kawasan kedai makan.

“Kau salah, kau pula mengamuk. Kau dah tahu larangan merokok di kedai makan, kau pula tak boleh ditegur,” kata Zack.

“Baguslah pekerja tu datang tegur, kalau dia terus hubungi pihak berkuasa, saman yang kau dapat,” kata Haidar.

“Hebat betul. Dah buat salah, lepas itu pecahkan cawan macam nak tunjuk dia hero. Kalau susah sangat nak ikut peraturan, baik lepak rumah sahaja,” tegur Link Leo. – KOSMO! ONLINE

Oleh KOSMO!

Artikel ➡️ Kosmo
 
dia ada parkinson kot terlanggar cawan..pekerja lain ramai² dtg tgk mgkin sbb igt ada kejadian mistik
 
lenkali tala pemadam api terus...
letak sign kat kedai.. perokok akan disembur pemadam api..
 
Ambil gambar video je org merokok dalam restoran ni.

Viralkan mereka. Biar nampak muka tu satu Malaysia.

Aku pelik kenapa org kita x buat benda gini utk diviralkan.
 
Back
Top
Log in Register