BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pecah 60 kenderaan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SERDANG: Penahanan seorang lelaki selepas menikam dua anggota polis pada Sabtu lalu membongkar kegiatan suspek yang mengaku pernah memecah masuk 60 kenderaan untuk melarikan barang berharga di dalamnya.
Suspek berusia 30-an mengaku aktif melakukan jenayah dengan menjadikan kenderaan penduduk di kawasan Pangsapuri Akasia di Bandar Puteri Puchong sebagai sasaran.

Difahamkan, suspek diberkas dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada kira-kira jam 1 pagi ketika cuba memecah sebuah kereta di kawasan berkenaan bersama seorang lagi rakannya yang juga warga asing.

Dalam kejadian itu, dua anggota polis, Konstabel Ahmad Nil Mustakim Azman, 23, ditikam di lengan kiri manakala rakan setugasnya, Konstabel Mohd Fitri Abdul Ghani, 21, cedera di paha kanan ketika bergelut dengan suspek yang cuba melepaskan diri.

Kejadian itu menyebabkan Ahmad Nil menerima 12 jahitan di tangan kiri manakala rakannya, Muhammad Fitri menerima empat jahitan di paha.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, hasil tangkapan itu, polis menyelesaikan 60 kes pecah cermin kereta dan curi barang dalam kenderaan di kawasan pangsapuri terbabit sejak Januari lalu.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek terdorong melakukan jenayah berkenaan berikutan terdapat kawasan semak dan keadaan gelap yang memudahkannya menyembunyikan diri jika perbuatannya diketahui penduduk.

Menurutnya, tinjauan ke kawasan berkenaan mendapati keadaan di situ terutama pada waktu malam memang gelap kerana banyak lampu jalan tidak berfungsi.

Malah, katanya, jarak antara satu tiang lampu dengan yang lain terlalu jauh. Memburukkan lagi keadaan, dahan pokok tidak dicantas menyebabkan ia menghalang cahaya lampu.

“Sehubungan itu, kami minta pihak berkenaan memotong dahan pokok yang menghalang pandangan ini,” katanya.
 
polis pun umuq budak2 lagi...konon2nya semangat kepolisan tu meluap luap la...siap bersilat lagi hohohoho..lani perut x naik lagi..tunggu lagi 8 tahun sure perut naik..kali tu tengok orang buat salah cuma lepas tembak jer...#:-S#:-S
 
org tu wat keje elok2 dikutuk..
 
Go

polis pun umuq budak2 lagi...konon2nya semangat kepolisan tu meluap luap la...siap bersilat lagi hohohoho..lani perut x naik lagi..tunggu lagi 8 tahun sure perut naik..kali tu tengok orang buat salah cuma lepas tembak jer...#:-S#:-S

ada aje benda nak komen.....:-?
________
Evelines
 
Last edited:
polis pun umuq budak2 lagi...konon2nya semangat kepolisan tu meluap luap la...siap bersilat lagi hohohoho..lani perut x naik lagi..tunggu lagi 8 tahun sure perut naik..kali tu tengok orang buat salah cuma lepas tembak jer...#:-S#:-S

kesian polis ...buat kena kutuk..x buat pun kena kutuk
 
ye ke 60...penaymun tu rekod ke..ehhehehe
 
Cilahanat....ORG ASING lagi buat jenayah!!!!!!babuntungkik..geram ar aku..lagi2 kalau org ni wak2 indon nih..:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register