BTC USD 77,396.3 Gold USD 4,377.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paypal tutup operasi di Malaysia

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Paypal tutup operasi di Malaysia

KUALA LUMPUR: PayPal, syarikat pembayaran dalam talian terkemuka bakal menutup pejabatnya di negara ini dan akan memulakan proses skim pemisahan sukarela (VSS).


Dalam kenyataannya, Paypal berkata ia telah membuat keputusan yang sukar untuk menutup pusat operasinya di Malaysia pada akhir tahun ini.

Ia berkata, penyusunan semula dalaman itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan pelanggannya di negara ini, yang mana mereka boleh terus menggunakan produk dan perkhidmatannya seperti biasa.

“Kami sentiasa menyemak semula struktur lokasi dan kakitangan global bagi memastikan sokongan serta perkhidmatan yang disediakan mampu memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah.

“Pusat operasi kami di Malaysia telah melakukan tugasan yang hebat kepada pelanggan sejak dibuka pada 2011. Namun, keputusan ini dibuat bagi menyusun pelaburan kami di lokasi yang lebih lengkap bagi menyokong keperluan masa depan pelanggan serta syarikat,” kata kenyataan yang dikeluarkan melalui portal teknologi Amanz.

Paypal berkata, keutamaannya ketika ini adalah melakukan yang terbaik untuk menyokong pekerjanya menghadapi masa depan dan komited sepenuhnya untuk membantu mereka beralih ke peringkat kerjaya yang berikutnya.

“Selain menawarkan pakej pemisahan komprehensif, kami juga mewujudkan pusat kerjaya untuk mempromosikan peluang pekerjaan dan menyediakan bantuan segera kepada pekerja,” katanya.

Kenyataan dikeluarkan susulan spekulasi pengumuman mengenai penutupan pejabat Paypal di Malaysia telah dikeluarkan oleh ibu pejabat syarikat itu di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, dengan alasan pertukaran model untuk menjadikan perniagaan mereka menjadi lebih cekap.

“Kami juga diberitahu bahawa semua pekerja PayPal Malaysia akan terkesan akibat penutupan ini, tetapi syarikat itu akan membantu mereka untuk mencari pekerjaan baharu melalui pelbagai latihan yang akan meningkatkan kebarangkalian untuk mencari pekerjaan,” kata Amanz memetik sumber.

Antara unit Paypal yang ditempatkan di Malaysia dan akan terkesan dengan penutupan ini termasuklah bahagian khidmat pelanggan, pengurusan dan teknikal.

Untuk pelanggan Paypal di rantau Asia Pasifik, ia juga dimaklumkan bahawa semua kemusykilan pelanggan akan ditangani oleh pusat khidmat pelanggan yang akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang akan diumumkan kelak.


https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/02/530465/paypal-tutup-operasi-di-malaysia
 
Payal lecehlah pakai, dan customer servis teruk.. baik online payment direct bank..

Haritu aku sound, boleh ugut nak refuse servicing..
 
pasni apa apa masalah direct singapore la kot
 
cmna nasib kwn aku kje paypal
 
Back
Top
Log in Register