BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PayNet Guna Teknologi AI Untuk Bagi Pengalaman Pembayaran Lebih Baik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Peneraju rangkaian pacuan AI, Juniper Networks mengumumkan, Payments Network Malaysia (PayNet), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan Malaysia, telah memilih penyelesaian kampus Juniper yang dipacu oleh Mist AI™. Rangkaian yang dinaik taraf termasuk Juniper Networks EX Series dan Wireless Access Points, Wired dan perkhidmatan Wi-Fi Assurance, serta Marvis™ Virtual Network Assistant dipandu oleh Mist AI, meningkatkan keupayaan jaringan di seluruh kawasan kampus PayNet dan pusat arahan jarak jauh.

Marvis Juniper Network Assistant membantu menentukan punca masalah, cerapan proaktif dan tindakan preskriptif, yang sangat bermanfaat kerana ia beroperasi di luar pusat kawalan jarak jauh. Teknologi AI ini juga membolehkan PayNet mengintegrasikan pelbagai peranti IoT di bangunannya, seperti CCTV dan TV pintar, ke dalam jaringan baharu.
Juniper-Networks-x-PayNet_1.jpg

Sekaligus memastikan lebih daripada 500 kakitangan di ibu pejabat mereka menikmati pengalaman digital lebih baik, terutamanya dengan pengamalan model kerja hibrid. Dalam kenyataan medianya memaklumkan, pada tahun 2022 sahaja, PayNet memproses transaksi bernilai MYR$1 trilion. Ini termasuk perkhidmatan pembayaran tanpa tunai (DuitNow), pembayaran bil (FPX), pemindahan antara bank (IBG) serta rangkaian ATM bersama di seluruh negara.

Juniper-Networks-x-Paynet_5-Financial-Services-by-PayNet.jpg


“Kami berbesar hati untuk mendukung rakan kongsi yang menyediakan perkhidmatan penting bagi kehidupan seharian pelanggan mereka. Kami berbangga untuk memainkan peranan penting dalam infrastruktur jaringan PayNet – sama seperti misi mereka untuk membangun ekosistem pembayaran dan kewangan yang inklusif, mudah diakses dan cekap untuk rakyat Malaysia, tugas kami memberikan mereka penyelesaian jaringan terbaik yang ditawarkan oleh teknologi. Menyaksikan perjalanan pertumbuhan mereka di seluruh rantau dan dunia adalah satu penghormatan, dan kami berharap dapat mengukuhkan kerjasama ini seiring dengan perkembangan mereka.” Perry Sui, Naib Presiden Wilayah, ASEAN & Taiwan, Juniper Networks.​
 
8 Lagi Kementerian Kini Sokong Penuh Pembayaran Tanpa Tunai

Kerajaaan meneruskan agenda digitalisasi pembayaran tanpa tunai menerusi Kempen "Cashless Boleh" Kebangsaan. Kempen yang di dalam siri ketiga ini adalah susulan dua kempen “Cashless Boleh” kebangsaan yang berlangsung selama tempoh 6 bulan yang telah membuahkan beberapa kejayaan. Antara pencapaian itu adalah:
  • Kadar penembusan pembayaran digital sektor awam secara keseluruhannya telahpun melepasi 80% pada 81.3 peratus, iaitu peningkatan lebih 22% di peringkat persekutuan dan negeri daripada 58.8 peratus sejaki 2021.​
  • Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang Berjaya melepasi 80% penembusan pembayaran digital​
  • Lapan (8) kementerian dan agensi sektor awam yang sebelum ini berasaskan transaksi tunai telah mencapai penembusan pembayaran digital penuh iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), 155 pihak-pihak berkuasa tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan) melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pelaburan , Perdagangan dan Perindustrian (MITI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Mahkamah Persekutuan Malaysia (MPM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).​
Juniper-Networks-x-PayNet_1.jpg

Platform pembayaran tanpa tunai disediakan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) iaitu rangkaian pembayaran runcit nasional dan penyedia infrastruktur kewangan berpusat di Malaysia.

“Sebagai penyedia infrastruktur pembayaran runcit negara, kami berbangga dapat memudah cara perjalanan negara ke arah ekonomi digital. Kami lakukannya dengan menyediakan pembayaran digital kepada rakyat dengan cara yang selamat, mudah diakses dan inklusif.” Farhan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.
 
Back
Top
Log in Register