BTC USD 83,378.4 Gold USD 4,101.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

payment online..selamat ke?

niaga22

Fun Poster
Messages
237
Joined
Feb 9, 2007
Messages
237
Reaction score
0
Points
10
Salam semua,

Saya bercadang untuk membuka sebuah kedai online yang akan menjual pelbagai barangan.
Salah satu cara pembayaran adalah dengan cara pembayaran bank online spt maybank. Baru2 ini terbaca dalam akhbar kosmo ttg bagaimana ramai yg telah kehilangan wang mereka dari simpanan setelah nombor akuan mereka diketahui oleh pihak ketiga.

Soalan saya, adakah pembayaran scara online ini benar2 selamat?

Saya tak mahu kehilangan wang, beringat sebelum terlewat.

Terima kasih atas feedback semua.
 
bergantung berurusan dgn spe...???

klu dgn org2 yg jujur, insyaAllah selamat.....
 
setakat ni dah banyak aku wat pembayaran online...pastikan website pembayaran tu...yg betul2 website yg boleh dipercayai...jangan hentam je...kalau was2...bank in kan je
 
ish dia tanya selamat ker tak jer.................... pasal berurusan dgn siapa? itu soal lain tu............. kalau dah kebetulan jumpa penipu mcm aku yg pernah jadi mangsa ni, mmg kena tipu pon, tp duit tu selamat gak masyuk kat a/c dia- Manz_King SETAN.
 
Salam semua,

Saya bercadang untuk membuka sebuah kedai online yang akan menjual pelbagai barangan.
Salah satu cara pembayaran adalah dengan cara pembayaran bank online spt maybank. Baru2 ini terbaca dalam akhbar kosmo ttg bagaimana ramai yg telah kehilangan wang mereka dari simpanan setelah nombor akuan mereka diketahui oleh pihak ketiga.

Soalan saya, adakah pembayaran scara online ini benar2 selamat?

Saya tak mahu kehilangan wang, beringat sebelum terlewat.

Terima kasih atas feedback semua.

Jangan sesekali klik link maybank yang diberi menerusi e-mail, pihak maybank x pernah anto minta update akaun m2u kita menerusi e-mail. Langkah keselamatan guna m2u you boleh tgk kat web m2u tu.
 
KUALA LUMPUR – “Penjenayah siber hanya memerlukan beberapa saat untuk mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa tanpa perlu menggunakan kad mesin juruwang (ATM) atau berurusan di kaunter bank”.

Pengakuan itu dibuat oleh sumber yang berpengalaman luas dalam dunia perbankan ekoran laporan beberapa mangsa yang kehilangan duit yang disimpan di dalam bank sebaik sahaja menyerahkan nombor akaun kepada pihak lain.

“Melalui nombor akaun, sindiket ini akan menggodam komputer untuk mengeluarkan wang dari akaun mangsa.

“Mereka hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk mengeluarkan wang dari akaun mangsa malah boleh melakukan banyak pengeluaran dalam tempoh sehari,” katanya ketika ditemu bual wartawan Kosmo! baru-baru ini.

Sumber : kosmo 21hb jun 2008

Jadi persoalannya, masihkah selamat sekiranya kita meletakkan nombor akaun kita dalam website?
 
sebelum saya lupa No. H/P awak biar lain haq nak guna untuk bisnis ngan urusan bank, just berjaga2 jer............ kang kena klon sim kard
 
Back
Top
Log in Register