BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pati sembunyi dalam takungan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Pati cuba menyembunyikan diri dalam takungan air sedalam lima meter di bawah bangunan.


JOHOR BAHRU – Cubaan beberapa pendatang asing tanpa izin (Pati) menyembunyikan diri di dalam takungan air sedalam lima meter di bawah bangunan yang dalam

pembinaan tidak berhasil apabila berjaya ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan imigresen Johor dalam serbuan, kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (II), Mohd Zariman Mohamed berkata, dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan pangsapuri di Taman Setia Tropika, di sini, kira-kira 10.30 pagi, pihaknya berjaya menahan seramai 102 warga asing.

Menurutnya, kesemua warga asing itu berumur antara tujuh bulan hingga 51 tahun membabitkan 83 lelaki, 16 perempuan dan enam kanak-kanak.

“Ketika menyedari kehadiran anggota imigresen di tapak pembinaan berkenaan, mereka bertempiaran lari termasuk memanjat pagar malah ada sebahagiannya cuba menyorok di rumah kongsi dan celah batu blok.

“Bagaimanapun pelbagai taktik yang digunakan ternyata sia-sia apabila mereka gagal untuk meloloskan diri dan berjaya ditahan anggota kami dalam serbuan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati Pati terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki permit yang sah dan Sekseyen 15 (1)(c) Akta sama dibawah peraturan 39b peraturan Imigresen 2963 kerana salah guna pas dan permit.

Katanya, kesemua Pati ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut.
 
laaaa ada lagi ke operasi ni,ingatkan dah tamat dah,tp kat kl bersepah2 aku tgk banglasial,myamarsia,awang itam...nak wat camner penguatkuasa sibuk dengan kerja tadak pekdah duk layan blackout505
 
Back
Top
Log in Register