eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GEORGE TOWN - Selalunya warga asing tanpa dokumen yang memasuki negara ini memilih kawasan perumahan murah sebagai tempat tinggal mereka namun lain pula bagi 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ini yang memilih untuk tinggal di kondominium mewah.
Taktik kumpulan warga asing yang mahu 'bersembunyi' di sebuah Kondominium Midland dekat Pulau Tikus di sini tidak tahan lama apabila mereka yang tinggal secara haram di negara ini dihidu oleh polis semalam.
'Ops Rantau' selama tiga jam bermula pada pukul 11.30 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dengan kerjasama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Supritendan Wan Aziz Wan Husin berkata, dalam operasi itu pihaknya memeriksa semua unit kondominium itu dan mendapati kondominium tersebut didiami 70 warga asing.
"Daripada pemeriksaan terhadap warga asing itu kita menahan 16 pendatang asing tanpa izin.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki warga Nepal, seorang lelaki warga China dan dua wanita Vietnam," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua yang ditahan dipercayai bekerja di sekitar George Town dan tinggal menyewa di kondominium tersebut.
Kebanyakan yang ditahan tidak mempunyai dokumen atau tinggal melebihi masa di negara ini.