BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasir: Khir akui terima ugutan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SABAK BERNAM 25 Sept. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengakui pernah menerima ugutan dan amaran daripada pihak tertentu termasuk pemimpin kerajaan negeri ekoran tindakannya mendedahkan aktiviti mencuri pasir sebelum ini.

Menurutnya, amaran dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) itu antaranya menggesa beliau agar memberikan tumpuan kepada urusan keluarganya daripada menjaga hal ehwal aktiviti perlombongan pasir di negeri ini.

Tidak cukup dengan itu katanya, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin sendiri menerusi media pada awal September lalu turut mengugut akan mendedahkan pelbagai kelemahannya ketika mentadbir Selangor sebelum ini sekiranya tidak berhenti mendedahkan salah laku dalam aktiviti perlombongan pasir.

''Saya hendak ingatkan bahawa tujuan pendedahan bukan kerana dengki atau bergaduh dengan kerajaan negeri. Ia tanggungjawab saya sebagai rakyat.

''Saya mahu hasil sumber negeri Selangor masuk ke poket kewangan negeri, bukan sebaliknya. Bagi saya, tindakan ini (ugutan dan amaran) politik 'ala mafia' yang diamalkan dalam pentadbiran Selangor pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba 1Malaysia kepada 500 pelajar sekolah menengah dari keluarga berpendapatan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Besar di sini hari ini.

Mohamad Khir berkata, beliau tetap akan meneruskan usahanya untuk mendedahkan aktiviti mencuri pasir yang berlaku di setiap pelosok di negeri ini meskipun berhadapan dengan amaran atau ugutan.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali semalam yang menyatakan Selangor termasuk dalam kalangan empat negeri yang menanggung kerugian RM157.5 juta setahun akibat kecurian pasir, Mohamad Khir berkata, beliau tidak hairan dengan fakta tersebut.

Ia kerana katanya, keadaan itu mungkin berpunca daripada tindakan pentadbiran Selangor hari ini membuka tanah milik kerajaan negeri untuk aktiviti perlombongan pasir yang dilihat menggalakkan lagi aktiviti mencuri pasir dan pencerobohan tanah.

Menurutnya, pembukaan tanah milik kerajaan untuk tujuan itu sebenarnya lebih menyukarkan kerajaan negeri ketika ini mengawal aktiviti perlombongan berkenaan berbanding perlombongan di kawasan tanah-tanah milik persendirian seperti yang ditetapkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Sebab itu saya harapkan kerajaan negeri agar bersikap terbuka menerima teguran kita mengenai soal perlombongan pasir di Selangor untuk kebaikan rakyat, bukannya menganggap saya mahu mencari salah mereka atau merasakan mereka itu betul segala-galanya," ujarnya.
 
pi rah...kalau betul kena ugutan awat tak buat laporan polis...mangkuk punya khir
 
berangan nak jadi menteri lagi la tu
 
adakah lagi org yg nak percaya khir toyo? :-?
 
Kuat temberang... kalo kena ugut pakai SMS takkan takde no nya.. dan buat laporan...
 
kalo kene ugut... nape tak buat laporan polis... toyol tul laaa...
dah tak dpt cr mkn... mcm² alasan yg dibuat... hahaha :))
 
pi report polis la toyo...cakap byk x guna:))
 
Back
Top
Log in Register