BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaraya Perlu Mohon Sijil Halal

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
image.jpg

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menggesa semua pemilik pasar raya beroperasi di negeri ini memohon sijil halal bagi semua bahagian barang basah yang menjual sumber haiwan seperti daging dan ayam

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikannya, Noridzuan Abdul Manan berkata, jabatan itu sentiasa melaksanakan pemantauan dan menasihati pemilik supaya memastikan sumber bekalan ayam, itik dan daging adalah dari pusat sembelihan disahkan halal, sama ada dari dalam atau luar negara

Menurutnya, terdapat pasar raya menjual ayam dan daging tidak dibungkus terus dari kilang dan tiada cetakan logo halal yang diiktiraf pada bungkusan

“Justeru, lebih baik pihak pasar raya sendiri mohon sijil halal. Ini disebabkan pasar raya lebih suka jual ayam dan daging dipotong semula atau tanpa bungkusan dari kilang, menyebabkan pengguna sukar tentukan status halal ayam dan daging tersebut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam

Menurutnya, sebaik memperoleh sijil halal, pemilik pasar raya boleh meletakkan logo halal di seksyen barang basah

Beliau berkata, permohonan sijil halal bagi seksyen ayam dan daging sangat penting kerana pengguna beragama Islam sering mempersoalkan status halal ayam dan daging dijual di pasar raya

“Pengguna juga selalu dikelirukan dengan dakwaan bahawa ayam yg dijual di pasar raya diragui status halal

“Bagi mengelak sebarang keraguan, Jaip berharap pengurusan pasar raya memohon sijil halal untuk tujuan tersebut,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/perlu-mohon-sijil-halal-1.568948
 
Ya, ambe pun sokong... termasuk (terutamanya) kedai frozen
 
Sebab tu aku sokong ada sijil halal lain utk owner yg muslim sahaja. Aku was2 dengan owner buka islam walau ada sijil halal. Mungkin dia ikut prosuder masa nak ambik sijil dan juga pemeriksaan setahun sekali je. Bukannya hari2 pegawai Jakim tu ada kat situ utk monitor.
 
tp tuler, aku lebih percaya sijil halal luar negara drpd sijil halal tempatan..
 
pengutkuasaan kena turun padang, pantau dgn kerap..walaupu sijil halal dah ada.
 
Back
Top
Log in Register