BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

e392ff7a6e22e9734493799459b7b06d685c251f8caaa


Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan harga minyak mentah yang kukuh dalam ketegangan Amerika Syarikat-Iran yang meningkat dan kenaikan niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Harga minyak mentah meningkat dalam dagangan Asia berikutan ketegangan geopolitik dan jangkaan permintaan terhadap bahan api yang tinggi semasa musim cuti di China yang akan datang menyokong harga.

Pada masa ini, minyak mentah Brent meningkat 1.28 peratus kepada US$69.68 setong.

Sentimen pasaran terus disokong oleh jangkaan pelonggaran dasar tambahan di China bagi memacu permintaan domestik.

“Bank pusat China memberi jaminan untuk meningkatkan sokongan kewangan dan menurunkan kos pembiayaan bagi merangsang permintaan domestik dan mengekalkan kestabilan ekonomi,” katanya.

Bagaimanapun, kenaikan dikekang oleh kelembapan sektor automotif serantau dan permintaan yang rendah untuk kenderaan baharu di pasaran utama Asia.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat sembilan sen kepada 773.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik tiga sen kepada 581.5 sen sekilogram.

 
Back
Top
Log in Register