BTC USD 84,167.4 Gold USD 4,253.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

e392ff7a6e22e9734493799459b7b06d685c251f8caaa


Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, dengan sentimen didorong oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli berikutan musim hujan di negara-negara pengeluar getah utama, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran disokong oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS, selain keyakinan terhadap penurunan kadar faedah tambahan Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh pergerakan menurun niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah berikutan sentimen terjejas oleh ketegangan perdagangan AS-China yang baharu,” katanya kepada Bernama.

Merujuk ramalan Jabatan Meteorologi Thailand, beliau berkata Selatan Thailand akan mengalami ribut petir dengan hujan lebat, terutamanya di sepanjang kedua-dua pantai.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) dan susu getah pukal, masing-masing meningkat 0.5 sen kepada 732.50 sen sekilogram dan 573 sen sekilogram.

 
Back
Top
Log in Register