BTC USD 84,895.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

f40b94ae50f7ca12fb5faeb3a8ab82be673c3a65884f8


Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah pemulihan harga minyak mentah dan penurunan ringgit berbanding dolar US, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran telah disokong oleh perkembangan positif di sekitar Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan peningkatan jangkaan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, momentum menaik ini dihadkan oleh kebimbangan mengenai potensi kesan pertikaian perdagangan China-Belanda dalam industri automotif.

Kenaikan harga minyak telah dipacu oleh risiko bekalan yang berkaitan dengan sekatan serta harapan daripada perjanjian perdagangan AS-China.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 tidak berubah pada 744.0 sekilogram, manakala lateks pukal menyusut setengah sen kepada 568.00 sekilogram.

 
Back
Top
Log in Register