BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar raya tawar diskaun

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
USAHA berterusan kerajaan membantu rakyat mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup mendapat sokongan daripada pengusaha-pengusaha pasar raya tempatan.

Ini dapat dilihat apabila 10 pasar raya komited menawarkan diskaun barangan jualan sehingga 70 peratus menerusi kempen penurunan harga barang yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir bulan lepas.

Pengarah Pemasaran GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ruben Brusch berkata, pihaknya mengendalikan rangkaian pasar raya besar Giant yang menawarkan harga rendah setiap hari dan pasar raya besar itu juga menempatkan cawangan kedainya berhampiran dengan kawasan pembeli.

“Dengan kedai-kedai kami terletak berdekatan dengan pembeli, pada pandangan kami, ia merupakan salah satu cara paling berkesan dan secara langsung membantu menangani kos sara hidup yang meningkat,” katanya.

Sejajar dengan slogan syarikat iaitu ‘Peneraju Harga Rendah Anda’, Brusch berkata pasar raya besar itu juga berusaha ke arah menjadi pengendali kos rendah.

“Kami sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dengan memperkemas proses kami supaya menjadi lebih cekap. Kami telah melaksanakan projek penjimatan tenaga untuk mengurangkan kos dan penggunaan tenaga elektrik.

“Dengan mengamalkan semua ini, akan membolehkan kami memberi penjimatan yang lebih kepada pelanggan kami,” katanya.

Ruben berkata, Giant juga bekerja rapat dengan rakan kongsi perniagaan untuk merancang lebih banyak promosi yang berkesan.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Awam AEON Co (M) Bhd Zakimarhaini Mohd Said berkata pasar raya AEON yang turut terlibat dalam kempen penurunan harga, komited membantu rakyat Malaysia berjimat.

“Setiap bulan, kami akan menurunkan harga barang-barang keperluan mengikut permintaan pelanggan. Sebagai contoh, bulan lepas, kami menurunkan harga barang-barang biasanya dibeli oleh bangsa Cina untuk menyambut Tahun Baharu Cina. Ini juga sebagai salah satu cara kami menghargai pelanggan setia yang banyak menyokong kami selama ini,” katanya.

Beliau berkata, secara puratanya, harga yang ditawarkan oleh pasar raya AEON adalah lima hingga 10 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

“Walaupun murah, kami tidak berkompromi soal kualiti,” katanya. - Bernama
 
baguslah... harap quality barang promosi masih baik..
 
menipu je lebih. offer ni ko jumpa hari sabtu ahad je

tukar tanda harga tapi dlm sistem harga xtukar. kena check resit betul2
 
sebelum ni pun dah ada dah pasaraya yang bagi dikaun sampai 80%,
setengah tu buat offer beli satu free satu.
 
Back
Top
Log in Register