BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar raya Mydin Manjoi terbakar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201


IPOH – Pengunjung pasar raya Mydin di Manjoi di sini terpaksa mengosongkan premis dalam keadaan cemas berikutan berlaku kebakaran di tingkat dua bangunan itu petang tadi.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 6.45 petang itu disedari selepas bekalan elektrik terputus diikuti bunyi loceng penggera kebakaran.

Terdapat kira-kira 40 pekerja dengan lebih 200 pengunjung dipercayai berada di dalam premis berkenaan ketika kejadian.

Kesemua pekerja dan pengunjung sempat mengosongkan premis sebelum api mula marak di tingkat dua bangunan yang menempatkan seksyen pakaian, barangan elektrik dan keperluan harian.

Buat masa sekarang, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan. Maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register