BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar jual daging beruang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_09.1.jpg

SEORANG peniaga (kanan) memotong daging beruang yang dijual di Pasar Teresang, Kapit, Sarawak semalam.

KAPIT – Pasar Teresang dekat sini dikesan menjadi lokasi penjualan daging beruang matahari yang merupakan haiwan dilindungi di negara ini.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, kira-kira lima peniaga menjalankan perniagaan menjual daging tersebut secara terbuka kepada para penggemar hidangan haiwan eksotik.

Daging haiwan tersebut yang sudah dilapah dijual pada harga RM25 sekilogram manakala hempedu (RM25) dan kaki (RM50).

Salah seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, dia memperoleh daging serta organ dalaman beruang itu selepas memburu haiwan tersebut di kawasan hutan di Ulu Kapit.

Katanya, dia meraih pendapatan lumayan kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang mendakwa daging beruang itu boleh meningkatkan tenaga seks lelaki.

“Meskipun dijual pada harga yang tinggi, ia tetap mendapat sambutan daripada pelanggan.

“Bagi saya, walaupun terpaksa menyabung nyawa ketika memburu beruang, namun ia adalah perniagaan yang menguntungkan,” katanya di sini semalam.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
 
adoii.. daging beruang pn dorg bhm gk
 
comel beruang tu untuk dimakan.
sama macam arnab
tak sampai hati
 
repot dulu..dah tangkap baru masuk berita..wartawan oh wartawan
 
ne_09.1.jpg

SEORANG peniaga (kanan) memotong daging beruang yang dijual di Pasar Teresang, Kapit, Sarawak semalam.

KAPIT – Pasar Teresang dekat sini dikesan menjadi lokasi penjualan daging beruang matahari yang merupakan haiwan dilindungi di negara ini.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, kira-kira lima peniaga menjalankan perniagaan menjual daging tersebut secara terbuka kepada para penggemar hidangan haiwan eksotik.

Daging haiwan tersebut yang sudah dilapah dijual pada harga RM25 sekilogram manakala hempedu (RM25) dan kaki (RM50).

Salah seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, dia memperoleh daging serta organ dalaman beruang itu selepas memburu haiwan tersebut di kawasan hutan di Ulu Kapit.

Katanya, dia meraih pendapatan lumayan kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang mendakwa daging beruang itu boleh meningkatkan tenaga seks lelaki.

“Meskipun dijual pada harga yang tinggi, ia tetap mendapat sambutan daripada pelanggan.

“Bagi saya, walaupun terpaksa menyabung nyawa ketika memburu beruang, namun ia adalah perniagaan yang menguntungkan,” katanya di sini semalam.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

daging beruang rm25 sekilo? mahal katanya? mahal lagi daging lembu. apo daaaa....patut jual rm250 baru mahal. ni eksotik ni. tak berbaloi langsung pi tangkap susah2 dalam hutan, baik jual daging lembu je
 
nak kuat seks punya pasal k0n3k rimau pon sanggup telan huhu
 
Lepasni kalau aku cakap makan daging biawak boleh kasi, 1000 kuasa kuda sewaktu seks pun mesti orang percaya.

Puak-puak pembeli ini bukan berakal sangat.
 
teddy bear comel ler bro

klo beruang liar ni ganas cket :D

mak aku pernah jumpa beruang
kat kg atuk aku kuala lipis hulu sikit
usahakan getah pusaka..
demam seminggu mak aku tengah menoreh time tu..
samapi terduduk dengan dia mengaum
tak cukup tanah mak aku lari
jumpa beruang ni
macam2 ayat baca..
lari beruang tu.
 
Back
Top
Log in Register