eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MELAKA: Satu pasangan warga asing yang dipercayai baru selesai melakukan hubungan seks tergamam apabila bilik disewa mereka di sebuah premis hiburan haram diserbu pihak berkuasa, awal pagi semalam.
Kedua-dua pasangan berusia 20-an itu tidak sempat melarikan diri dan hanya bersembunyi di bawah katil apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa yang melakukan operasi bersepadu membanteras kegiatan pelacuran dan maksiat di sekitar bandar raya.
Operasi berkenaan diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan turut disertai sembilan agensi penguat kuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan (Rela) dan Polis Tentera.
Tindakan mereka itu menerima padah apabila dicekup pihak polis dan hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Deputi Superintendan Gan Chip Pho, berkata hasil pemeriksaan lanjut, lelaki warga Indonesia berusia 23 tahun itu mengaku melanggan wanita terbabit yang juga warga Indonesia berumur 20 tahun.
“Hasil soal siasat lelaki itu mengaku membayar RM150 kepada wanita terbabit dan kami turut merampas wang berkenaan sebagai bukti.
“Kedua-dua mereka juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.
Gan berkata, polis menyiasat wanita itu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran.
“Kami turut menahan mereka bagi tujuan siasatan lanjut jika terbabit dalam kesalahan lain,” katanya.
“Selain pusat hiburan berkenaan kita turut memeriksa dua pusat hiburan lain termasuk sebuah yang diperiksa pada malam sambutan Tahun Baru bagi membanteras aktiviti tidak sihat lain termasuk penyalahgunaan dadah dan sebagainya.