clorox_bersih
Legendary Member

- Messages
- 18,906
- Joined
- Jul 2, 2008
- Messages
- 18,906
- Reaction score
- 44
- Points
- 120
PASANGAN istimewa Nor Bhaizura dan Sharifuzan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat pada majlis persandingan mereka di Ipoh, semalam.
IPOH: "Saya bersyukur majlis perkahwinan ini berjalan lancar dan impian saya untuk hidup berkeluarga sama seperti orang lain akhirnya tercapai," kata Nor Bhaizura Jamaludin, 25, orang kurang upaya (OKU) yang melangsungkan perkahwinannya dengan pasangannya Sharifuzan Mat Sharif, 23, yang juga OKU, di sini, semalam.
Nor Bhaizura yang bekerja di kilang pembuatan kuih di Tambun, dekat sini, dilahirkan normal namun pada usia dua tahun dia mengalami demam panas dan sekali gus meragut keupayaannya untuk mendengar dan bertutur.
"Saya berkenalan dengan Sharifuzan melalui rakan dan tidak sangka perkenalan kami selama setahun membawa ke jenjang pelamin.
"Walaupun kurang upaya tetapi kami juga mempunyai keinginan sama seperti orang lain untuk hidup bekeluarga," katanya menggunakan bahasa isyarat melalui adiknya, Nor Nadiatul Akmal Jamaludin, 21, sebagai perantara pada majlis itu yang dilangsungkan di perumahan kuarters Balai Polis Bercham dekat sini, semalam.
Anak sulung dari empat beradik itu sah menjadi isteri kepada Sharifuzan, kelmarin, selepas dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Jamaludin Ahmad, 50, yang juga Timbalan Ketua Balai Polis Bercham.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20081026022819/Article/index_html
kalau dah jodoh tidak kemana...