BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan kekasih perompak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
05hmrom1.transformed.jpg

PASANGAN kekasih ditahan ketika cuba merompak kedai serbaneka di Rawang.​


Gombak: Sepasang kekasih yang cuba merompak kedai serbaneka bersenjatakan parang sebaliknya dikepung dan diberkas orang ramai.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, Khamis lalu, pasangan itu bersama dua lagi suspek lelaki dikesan cuba merompak premis terletak di Rawang, di sini.

Difahamkan suspek lelaki ditangkap itu berani melakukan jenayah walaupun tangan kirinya berbalut akibat patah sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu yang dipercayai aktif melakukan kes samun premis kedai 24 jam di daerah ini.

"Pasangan itu ditahan di lokasi kejadian manakala dua lagi suspek lelaki ditahan di Batu Caves, di sini, berdasarkan maklumat diberikan kepada polis susulan tangkapan pertama.

"Semua suspek tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, polis turut merampas parang digunakan suspek ketika melakukan rompakan itu.

Penahanan pasangan kekasih itu menjadi viral di laman sosial apabila suspek didakwa cuba mencuri kereta di Sri Gombak, di sini.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75409
 
dah tahap tegar ni, elok kalau ada tempat yg boleh jadikan mereka belajar semula kehidupan normal
 
Ini bukan sebab lapar. Tapi sebab malas bekerja.

Kalau berhadapan dengan aku, memang aku berani sangat potong tangan dia.

Jawablah mempertahankan diri. :D
 
Ini bukan sebab lapar. Tapi sebab malas bekerja.

Kalau berhadapan dengan aku, memang aku berani sangat potong tangan dia.

Jawablah mempertahankan diri. :D



Ko potong yg jantan jer....
Pompuan tu bior aku yg handle....:D
 
huh..pasangan ideal...

kalau dpt anak bakal jadi kepala gangster...
 
Rakyat memang berani!

Perompak pakai parang pun sanggup kepung.

Cuba perompak rm42b rakyat yg berani ni kepung ramai2.
 
Back
Top
Log in Register