BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasang bendera gergasi Perak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Ahli KRT Bandar Tasik Putra bersama bendera Perak gergasi yang dinaikkan sempena Hari Pertabalan Sultan Perak ke-35 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim Rabu ini.
< 1 / 1 >
SERI ISKANDAR - Menjelang hari Pertabalan Sultan Perak ke-35 Rabu ini, penduduk Bandar Tasik Putra di sini, menaikkan bendera gergasi negeri Perak di Dataran Bandar Tasik Putra, sebagai simbolik bermulanya sambutan istiadat pertabalan.

Pengerusinya, Abd Jalil Abu Othman berkata, pemasangan bendera itu adalah untuk menyahut saranan kerajaan negeri supaya mengibarkan bendera negeri dalam masa sama memeriahkan lagi sambutan tersebut.

"Bendera gergasi itu sebagai tanda taat setia dan merafak sembah setinggi tahniah ke atas pertabalan Tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah," katanya.

Menurutnya, bendera Perak gergasi itu dijahit secara bergotong-royong oleh Jiran Wanita KRT Bandar Tasik Putra itu.

“Ini kali pertama kami menaikkan bendera sebesar ini di sini, dan dalam masa sama amat teruja menyambut hari pertabalan yang bakal diadakan Rabu ini.

“Bendera sepanjang tujuh meter dengan kelebaran 3.5 meter dipacak dengan ketinggian 18 meter di jalan masuk ke Bandar Tasik Putra dan akan berkibar sepanjang sambutan hari pertabalan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, bagi rakyat jelata apa yang menarik perhatian ialah istiadat pertabalan Sultan Perak sangat signifikan untuk disaksikan kerana ia sesuatu catatan sejarah yang paling bererti kerana kali terakhir pertabalan sultan di negeri ini kira-kira 30 tahun lalu.

“Kami jangka majlis pertabalan ini akan berlangsung dengan meriah. Ramai rakyat menyenangi baginda dan permaisuri kerana mereka begitu dekat dan mesra dengan kami.

“Saya harap orang ramai tidak lepaskan peluang ini dan datang beramai-ramai untuk menyaksikan sendiri istiadat pertabalan ini,” katanya.
 
tahniah pada rakyat negeri Perak.
 
Back
Top
Log in Register