BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS WP tubuh pasukan perinci tawaran PRU16

afwan83

Active+ Member
Messages
3,225
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,225
Reaction score
12
Points
25

PAS WP tubuh pasukan perinci tawaran PRU16​

c859ce9a-1b04-4f04-84c6-0b1df6a6bc5b-Azhar-Yahya-fbpic-230826.jpg

Pesuruhjaya Azhar Yahya kata PAS Wilayah Persekutuan sedia menawarkan manifesto hasil daripada kajian yang dilakukan oleh golongan profesional. (Gambar Facebook)

Pesuruhjaya Azhar Yahya berkata pasukan terdiri daripada profesional, teknokrat dan aktivis itu akan memastikan 12 perkara berkenaan mempunyai perincian dasar dan mekanisme pelaksanaan yang jelas, bagi mencerminkan kesungguhan dalam memperkukuh tawaran kepada rakyat dan merangka agenda yang tersusun dan realistik.

“Menerusi tawaran itu, PAS turut bersedia untuk memerintah Wilayah Persekutuan melalui kementerian wilayah dan juga semua kementerian-kementerian yang terbabit pada masa depan,” katanya, lapor Berita Harian.

Perkembangan ini bersempena konvensyen PAS Wilayah Persekutuan di ibu negara, hari ini, yang mengemukakan 12 resolusi berkisar isu perumahan mampu milik, pengangkutan awam dan trafik, kos sara hidup, ekonomi tempatan dan usahawan, dan kebersihan serta kelestarian alam sekitar.

Turut disentuh keselamatan bandar, digitalisasi kerajaan, hal ehwal Islam dan keharmonian sosial, pendidikan dan modal insan, tanah serta infrastruktur strategik, reformasi dan tadbir urus DBKL, serta penyelesaian krisis air di Labuan.

Azhar berkata PAS sebenarnya mempunyai golongan profesional dalam parti itu, dan bersedia menawarkan manifesto hasil daripada kajian yang dilakukan oleh mereka di bawah Institut Kajian Strategik PAS Wilayah Persekutuan.
 
Back
Top
Log in Register