BTC USD 81,209.0 Gold USD 4,027.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS usah berangan - Karpal Singh

ni berita penuh yg katak post tu..

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menegakkan negara Islam, sebagai memperlecehkan usaha membangunkan Islam oleh kerajaan Kelantan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.
"Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS)," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di pejabatnya di sini, hari ini.

bMinggu lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

Ahmad berkata impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam yang sebenar, yang merupakan agama untuk semua umat manusia.

Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.

"Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini," katanya.

aNik Aziz berkata sistem kewangan Islam yang diterapkan kerajaan Kelantan juga telah diikitraf oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia dan sejak Kelantan di perintah PAS banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk penghapusan riba dan mewujudkan pajak gadai Islam.

"Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga diberi hak dengan dilantik sebagai penyelia masyarakat dan saya nak tanya dimana tidak baiknya apa yang kami buat ini," katanya.

Beliau berkata masyarakat bukan Islam juga tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan sejak penerapan nilai Islam oleh PAS itulah menyebabkan kaum lain merasa selesa di bawah pemerintahan PAS.

Mengulas kunjungan Masahiko itu, Nik Aziz berkata duta itu tertarik dengan kerajinan wanita Kelantan mencari nafkah yang berbeza di tempat lain.

"Saya jemput duta itu untuk melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk melawat dari dekat kerajinan wanita Kelantan ini," katanya.

-- BERNAMA
 
karpal ni memang nak kena ni....karpal singh ni DAP yang dah tua nak mampos, esok lusa lagi nak go....

ni yang aku cakap, abaikan jer mangkuk karpal singh ngan Lim Kit Siang tu... mangkuk 2 eko ni memang keras kepala...
 
xyah layan la thread cenggini..wat sampah jer..
saje nk api2 kan org..
 
xpe2..kita tunggu karpal dan lim kit siang tu mampus...2 org tu je yg jenis keras kepala..lim guan eng pun jenis yg lembut x mcm bapak dia.....:D :D :D


Ibarat kebanyakan kita ler.... Mak ayah BN/UMNO.... Anak PR (PAS/PKR) :eek: :eek: :)) :)) :)) :))
 
tapi apa yang akan dimainkan oleh pro-BN/UMNO adalah..bagaimana hukum hudud yg dahulu nya diingini oleh PAS hendak di wujudkan jikalau salah satu didalam parti komponen PR sendiri bulat² menolaknya..dalam erti kata lain..hukum syariah sedia kala sudah bagus dan boleh diguna pakai?

pandangan saya..
biarlah apa yg saudara sebut sbg pro-BN/UMNO itu sahaja yg cetek pandangannya ttg Islam. Perlu diingat, Islam itu bukan hanya potong tangan pencuri, bukan hanya rejam penzina yg sudah berkahwin, bukan sahaja kahwin sampai 4, bukan sahaja pakaiannya serban dan baju melayu (nama pun bj melayu, bkan bj Islam), dan bukan terbatas pada beberapa perkara cetek seperti pemikiran sesetengah pendokong UMNO yg masih buta dan pekak dari mendengar suara hati.

saya percaya, saudara iswarahijau kalau sekalipun membaca tulisan ini, pendiriannya takkan berubah dari menyokong UMNO. kerja membolak-balikkan hati manusia ini kerja Allah, kita doakan sahaja mudah2n beliau bertaubat sebelum ajal yg ntah bila akan tiba nnt.

berkenaan hudud, saya percaya matlamat menegakkan syariat sehingga peringkat perlaksanaan dalam perundangan tidak pernah terhenti daripada perjuangan Pas. namun, ketika ini tampak seolah2 perjuangan Pas terfokus kepada menjatuhkan pengaruh UMNO daripada kuasa pemerintahan, dan dalam masa yang sama kdg2 nampak bercakaran sesama sendiri dalam Barisan Rakyat. justeru, apa sebenarnya perancangan dan stand perjuangan Pas?

pada pandangan saya, pas bukan menukar visi perjuangan. tapi, mereka hanya mengubah strategi agar mampu mencapai matlamat dengan wadah yang berbeza. ambil contoh, nak ke KL, patutnya ikut jalan A, tapi dsbbkan laporan traffic radio era kata jalan tu jam, maka ikut jalan B, tapi destinasi ttp KL.

matlamat pas adalah menegakkan segala aspek kehidupan manusia TERMASUK aspek pemerintahan negara dengan cara yang diajar Islam. justeru, misi yg dipikul ketika ini adalah memberi faham setiap lapisan masyarakat dengan penerangan dan kefahaman ttg konsep Islam.

apa yg berlaku, dap tidak menerima, kerana mereka masih tidak faham dan disalahfahamkan oleh juak2 umno yg selalu melaga2kan seperti juak2 yg ada dalam internet ini juga. juak yg bersifat batu api ini tentu sekali membawa persepsi buruk bukan shj pada pas, tapi juga pada ajaran islam sebenar (buat org sesat lah tuh kurg lebih nya). hakikatnya, sejarah telah membuktikan bhw org bukan Islam blh menerima Islam memerintah dgn baik, sejak tertubuhnya madinah slpas rasulullah hijrah, ketika empayar islam dikembangkan saidina umar, hatta sehingga kini di kelantan ramai non-muslim mahu islam terus memerintah di sana kerana mereka faham bahawa islam mmg membawa rahmat sbg allah telah berfirman dalam al-qur'an.

apa yg berlaku pada dap, mereka hanya belum merasai apa yg cina dan india di kelantan sudah nikmati. yg ada di benak mereka hanyalah bobrok2 dan hasutan dan lagaan media yg menjadi proxy umno BN ttg ajaran islam yg telah disalahertikan dan ancaman bahaya sekiranya pas memerintah.

peranan media pula boleh dikatakan berjaya dalam memburukkan imej dap di mata org2 melayu. dengan bertopengkan perjuangan membela hak melayu, umno yg terus2 menghisap darah org melayu menuding jari kepada dap dengan mewara-warakan ancaman2 dan bobrokan dan hasutan ttg imej keji dap sehingga org melayu melihat dap ini sbg perampas hak org melayu, sdgkan mereka memperjuangkan keadilan dan hak demokratik.

sebenarnya, apa yg diperjuangkan dap (keadilan dan hak demokrasi) adalah sbhgn drpd tuntutan islam yg menjadi aspirasi pas. media dan juak2 batu api umno di saluran2 maklumat lain telah berjaya memainkan peranan memburukkan antara satu sama lain selain melaga2kan pas-dap dan pkr. (contoh terbaik adalah saudara kita, iswarahijau ni).

kalau nak diikutkan, org2 umno spt iswarahijau ni bukan tak tahu mereka berada di pihak yg salah, tapi kerana tak mahu mengakui kesilapan, mereka terus2n 'menjilat' kesilapan yg berulang yg dilakukan umno itu selain terus2 menyalahkan org lain. bak kata pepatah, 'gajah depan mata buat2 tak nampak, semut seberang laut buat2 nampak plak'.

justeru, sbg kesimpulan, tak timbul soal pas tak jadi nak laksanakan hudud. cuma ketika ini, ia perlu masa yg amat pnjg utk memahamkan rakyat ttg islam sbgaimana tg.nik aziz dah berjaya buat di kelantan selain pas perlu bekerjasama dengan mana2 pihak termasuk dap utk menghentikan kezaliman BN yg membutakan rakyat daripada kebenaran sebenar.

buat saudara iswarahijau dan angkatannya, nasihat saya.
susah payah manusia ni untuk 2 shj.
klau ia menepati tuntutan Allah, maka kita berjuang di jalan Allah walau hanya berkata2 sepatah dua kata. maka beruntunglah org seperti ini kelak, insya allah.
sekiranya ssh payah manusia itu bercanggah dari tuntutan Allah, maka perjuangan itu adalah di jalan thagut. maka janganlah memilih untuk penyesalan tak sudah di akhirat kelak.

allahu a'lam
 
satu penerangan yg bernas daripada tn tEnuKLang...
 
kengkadang yg cakap banyak tu musuh yg paling lemah.... yg kurang cakap tu lagi bahaya....rasanya dah tak perlu tunggu PAS letak dalam manifesto baru nak sokong PAS... Hehehehe
 
standerd la tuh...org bkn islam...dia maybe x paham ttg kebaikan islam..

yg sadis org islam sendiri terang2 menolak negara islam..siap nak saman lg klu laksanakan undang2 islam..ape citer?~X(
 
Back
Top
Log in Register