BTC USD 84,517.9 Gold USD 4,131.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS usah berangan - Karpal Singh

Sayang bagi org2 yang masih melihat BN/UMNO nie sebuah parti yg memperjuangkan Islam... Yg memperjuangkan Islam dalam UMNO nie semuanya ditolak secara beransur2...... diambil bila perlu shj.... yg tak sedar diri lagi ... yg tu masih lagi dikekalkan... Hehehehehe
 
Aku cadangkan UMNO dengan PAS bergabung dan PAS diberi mandat sebagai peneraju untuk membentuk negara Islam. Kita akan boleh lihat darjah ketelusan dan kesungguhan PAS membentuk negara Islam.
 
org Islam juga akan menjatuhkan Islam dan org melayu jgk yang akan menjatuhkan melayu.....bangsa lain semakin maju bangsa melayu semakin mundur. dah la kuasa ekonomi xleh lawan dan nie nak bg plk kuasa politik. xtau la lepas nie apa akan jadi kat tanah nie.......................
 
Aku cadangkan UMNO dengan PAS bergabung dan PAS diberi mandat sebagai peneraju untuk membentuk negara Islam. Kita akan boleh lihat darjah ketelusan dan kesungguhan PAS membentuk negara Islam.

Sesuatu yang x mustahil bila
maruah ISLAM tergugat...mereka bersatu.
tidak ada yang pelik .... politik Malaysia hanya baru setengah
dekad....
 
org Islam juga akan menjatuhkan Islam dan org melayu jgk yang akan menjatuhkan melayu.....bangsa lain semakin maju bangsa melayu semakin mundur. dah la kuasa ekonomi xleh lawan dan nie nak bg plk kuasa politik. xtau la lepas nie apa akan jadi kat tanah nie.......................

Kalau difikirkan secara logik... kuasa ekonomi org Melayu sepatutnya sudah lama ke tahap yang membanggakan. Tetapi kenapa masih di takuk lama? Ini semua angkara UMNO. Mereka hanya memperjuangkan ekononomi orang melayu yang berkiblatkan UMNO tetapi itupun bukan semua.. hanya kepada diri sendiri, adik beradik, kaki-kaki bodek mereka, kuncu2 mereka dan "lembu2 mereka"
Kalau UMNO benar2 ikhlas dah lama kita nih maju setelah 50 tahun merdeka dan mereka memerintah.
 
kenapa tanya saya?
setahu saya, bn takde sebarang hubungan halal mahupun luar nikah dgn DAP. tanyala org2 kuat pas mcmana,kan korang satu pakatan dlm pakatan rakyat. kamu sebagai penyokong kuat pakatan rakyat lagi mengetahui soal dakwaan karpal singh ni.

BN ada hubungan halal dengan MCA, MIC, PPP...ingat diorang ni terima negara Islam ke? diorang pun sama jer tak suka negara Islam ni. cuma DAP ni terang-terang tak suka. MCA, MIC dan PPP ni dok diam-diam jer tak suka..asal sokong BN dapat projek masuk poket jer..

kesimpulannya macam nie..

UMNO, BN dan DAP <--kesemuanya ini ialah puak-puak menentang Allah dan Rasul-Nya..

jadi, apa beza UMNO ngan DAP kalau dah kedua-duanya menentang Hukum Allah?

dengan kata lain, sokong lah PAS
 
pada pandangan dan pemahaman saya,umno tidak menolak negara islam secara total.
Pak Lah mengambil pendirian selamat spt DSAI, byk prioriti lain lg yg perlu diambil kira, soal rasuah,soal keadilan,soal kebajikan,tapi yg jelas malaysia adalah negara islam,bukan negara sekular spt yg diwar2kan oleh rakan karib kamu,DAP.Disebabkan itulah timbulnya pendekatan islam hadhari,yg setentunya bukan Islam baru,bukan mazhab baru,tapi pemahaman ttg tamadun islam progresif. Utk umat Islam berkuasa,kita sendiri kena maju dulu dlm bidang sains dan ekonomi.
Jadi mcmana PAs yg maukan negara islam secara total boleh berada dlm pakatan longgar dgn PKR yg tidak berpendirian jelas ttg negara Islam dan DAP yg terang2 menolak islam dan hak melayu?

Tak perlu Islam secara total, tengok Kelantan sebagai model. walaupun tak laksanakan hudud, tapi banyak ke rasuah? banyak ke korupsi?

Paklah plak, buat Islam Hadhari, tapi banyak rasuah, banyak korupsi..ni bukan Islam ni..ni konfirm 100% sekular dan menentang Allah nie..
 
Tak perlu Islam secara total, tengok Kelantan sebagai model. walaupun tak laksanakan hudud, tapi banyak ke rasuah? banyak ke korupsi?

Paklah plak, buat Islam Hadhari, tapi banyak rasuah, banyak korupsi..ni bukan Islam ni..ni konfirm 100% sekular dan menentang Allah nie..

Kalo perkataan "babi", biasanya kita gantikan dengan "khinzir" untuk bunyinya lebih sopan...

Kalo Islam "sekular", kita gantikan dengan perkataan "hadhari" untuk bunyi lebih sopan... :D
 
Kalo perkataan "babi", biasanya kita gantikan dengan "khinzir" untuk bunyinya lebih sopan...

Kalo Islam "sekular", kita gantikan dengan perkataan "hadhari" untuk bunyi lebih sopan... :D

nanti kalu PAS betul2 menang, hadhari tu kita tukar jadi hari-hari...

ISLAM HARI-HARI

Maksudnya tiap2 hari kena amalkan cara hidup Islam.. Hehehehe
 
Pas usah berangan
PUTRAJAYA 4 April – Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Pas jangan memasang angan- angan tinggi untuk menunjangi Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian penubuhan sebuah negara Islam.

Pemimpin veteran pembangkang yang pernah membuat kenyataan kontroversi menolak penubuhan negara Islam pada 1990 itu mahu Pas lebih realistik bahawa prinsip perjuangan parti itu mustahil dilaksanakan di negara ini.

Malah, katanya, Pas tidak boleh ‘bercakap banyak’ kerana rancangan gabungan Pakatan Rakyat antara parti-parti pembangkang yang diumumkan sebelum ini pun belum lagi dimuktamadkan.

“Macam mana Pas boleh tubuh negara Islam kalau dia bersendirian tidak mendapat majoriti membentuk kerajaan. Janganlah mimpi di siang hari.

“Lagipun, kita (parti-parti pembangkang) belum bergabung lagi, Pakatan Rakyat adalah satu langkah ke depan, tapi tentulah ada syarat-syaratnya sebelum (penggabungan) dipersetujui,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pakatan pembangkang mempunyai 82 kerusi di Parlimen yang membabitkan 31 wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP (28) dan Pas (23).

Karpal mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub kelmarin bahawa Pas wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

Ahmad berpendapat, impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam sebenar yang tidak pernah memperkecilkan atau mengecualikan mana- mana pihak sebab Islam ialah agama untuk kebaikan semua manusia.

Menurut Karpal, beliau sememangnya lebih senang hati jika Pakatan Rakyat diterajui ketiga- tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas secara serentak.

“Maknanya ia diterajui pengerusi bersama iaitu ketiga-tiga parti ini menjadi pengerusi serentak, barulah keputusan yang dicapai nanti konsensus,” katanya.

Pada 1990, Karpal mengeluarkan kenyataan “langkah mayat saya dulu sebelum tegakkan negara Islam”, sebagai jawapan kepada penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas

Nik Aziz selar kenyataan Karpal Singh perlekeh usaha bangunkan Islam
06/04/2008 1:33pm

KOTA BHARU 6 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menegakkan negara Islam, sebagai memperlecehkan usaha membangunkan Islam oleh kerajaan Kelantan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.

"Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS),” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di pejabatnya di sini, hari ini.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

Ahmad berkata impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam yang sebenar, yang merupakan agama untuk semua umat manusia.

Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.

“Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini,” katanya.

Nik Aziz berkata sistem kewangan Islam yang diterapkan kerajaan Kelantan juga telah diikitraf oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia dan sejak Kelantan di perintah PAS banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk penghapusan riba dan mewujudkan pajak gadai Islam.

"Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga diberi hak dengan dilantik sebagai penyelia masyarakat dan saya nak tanya dimana tidak baiknya apa yang kami buat ini,” katanya.

Beliau berkata masyarakat bukan Islam juga tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan sejak penerapan nilai Islam oleh PAS itulah menyebabkan kaum lain merasa selesa di bawah pemerintahan PAS.

Mengulas kunjungan Masahiko itu, Nik Aziz berkata duta itu tertarik dengan kerajinan wanita Kelantan mencari nafkah yang berbeza di tempat lain.

"Saya jemput duta itu untuk melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk melawat dari dekat kerajinan wanita Kelantan ini,” katanya.

— BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register