BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS usah berangan - Karpal Singh

tahun 2008 rakyat kelate plak cakap " pade doh dengan muko BN " ..

kapal sink cakap tu mcm skang ni dia duduk kat negara India plak .. bukan ke BN dah lama dok kata malaysia ni negara islam .. abis sekarang ni malaysia kira belum jadi negara islam lagi laa yer ???

camne tu encik katak ??

kenapa tanya saya?
setahu saya, bn takde sebarang hubungan halal mahupun luar nikah dgn DAP. tanyala org2 kuat pas mcmana,kan korang satu pakatan dlm pakatan rakyat. kamu sebagai penyokong kuat pakatan rakyat lagi mengetahui soal dakwaan karpal singh ni.
 
Dah name bual2 kosong... nak isi amende nye??? wakakaka :eek: :eek: :eek:

p/s: aku disini hanya bual2 kosong jer... tapi tak tau la kalo ko nak bawak setiap isi perbincangan disini masuk ke parliment nanti....

itulah nk kena paham dlm kosong mesti ada isinya.. jgn anggap semua yg kosong itu adalah kosong..
 
kenapa tanya saya?
setahu saya, bn takde sebarang hubungan halal mahupun luar nikah dgn DAP. tanyala org2 kuat pas mcmana,kan korang satu pakatan dlm pakatan rakyat. kamu sebagai penyokong kuat pakatan rakyat lagi mengetahui soal dakwaan karpal singh ni.

katak.baru jer sambut besday ko katak..dah buat hal:D
 
Pas usah berangan
PUTRAJAYA 4 April – Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Pas jangan memasang angan- angan tinggi untuk menunjangi Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian penubuhan sebuah negara Islam.

Pemimpin veteran pembangkang yang pernah membuat kenyataan kontroversi menolak penubuhan negara Islam pada 1990 itu mahu Pas lebih realistik bahawa prinsip perjuangan parti itu mustahil dilaksanakan di negara ini.

Malah, katanya, Pas tidak boleh ‘bercakap banyak’ kerana rancangan gabungan Pakatan Rakyat antara parti-parti pembangkang yang diumumkan sebelum ini pun belum lagi dimuktamadkan.

“Macam mana Pas boleh tubuh negara Islam kalau dia bersendirian tidak mendapat majoriti membentuk kerajaan. Janganlah mimpi di siang hari.

“Lagipun, kita (parti-parti pembangkang) belum bergabung lagi, Pakatan Rakyat adalah satu langkah ke depan, tapi tentulah ada syarat-syaratnya sebelum (penggabungan) dipersetujui,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pakatan pembangkang mempunyai 82 kerusi di Parlimen yang membabitkan 31 wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP (28) dan Pas (23).

Karpal mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub kelmarin bahawa Pas wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

Ahmad berpendapat, impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam sebenar yang tidak pernah memperkecilkan atau mengecualikan mana- mana pihak sebab Islam ialah agama untuk kebaikan semua manusia.

Menurut Karpal, beliau sememangnya lebih senang hati jika Pakatan Rakyat diterajui ketiga- tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas secara serentak.

“Maknanya ia diterajui pengerusi bersama iaitu ketiga-tiga parti ini menjadi pengerusi serentak, barulah keputusan yang dicapai nanti konsensus,” katanya.

Pada 1990, Karpal mengeluarkan kenyataan “langkah mayat saya dulu sebelum tegakkan negara Islam”, sebagai jawapan kepada penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas

Islam pasti tertegak di Malaysia...Takbir
 
mana Punya Sumber Berita Nie...kalau Utusan Meloya Tak Payah Ler Nak Percaya Bulat-bulat. Karpal Singh Tu (tahun 1985) Pernah Tolong Urus Penghantaran Bekalan Air (guna Lori) Untuk Jemaah Nak Amik Air Smbahyang Di Kampung Makan Pulau Pinang Masa Puak Umno Sibuk Nak Batalkan Tanah Wakaf Di Kampung Makam Tu Sebab Nak Majukan. Bekalan Air Ditutup Atas Arahan Umno Pulau Pinang. Sapa Yg Asal/tinggal Dipulau Pinang Terutama Org Kg Makan Boleh Sahkan Isu Ini.
 
Macam mana Islam nk tegak andai kita sesama saudara sendiri pun bermusuhan?

salah puak UMNO ler buat fahaman baru...ISLAM HADHARI

ANAK AKU PUN DAH TANYA YANG MANA BETUL...ISLAM ATAU ISLAM HADHARI...SAPA NAK TOLONG JELASKAN PERBEZAANNYA...

:(scam :(scam :(scam
 
Macam mana Islam nk tegak andai kita sesama saudara sendiri pun bermusuhan?

ko laa tu ... orang lain sumer berpakat nak jatuhkan parti yg sedia maklum dah tolak islam .. ko masih lagi dok junjung .. ko takleh nak cakap apa apa pasal PAS sebab PAS pun belum lagi mencapai matlamatnya tapi secara perlahan menuju ke arah tu .. aku rasa ko patut memberi sokongan ko kepada PAS ... takde sapa pun bermusuhan disini ... ko aje tak nak join kitorang :))
 
Macam mana Islam nk tegak andai kita sesama saudara sendiri pun bermusuhan?

mcm mn nk ttegak ??
da BN da halang PAS nk tecgakkan negara ISLAM....
nk laksana HUDUD pun org AMNO sendri xmau...
camne nk ttegak syiar ISLAM...

rsnye diorg takut dgn bayang2 sendri kot (byt wat dosa besar tu) :(scam :(scam
 
Back
Top
Log in Register