BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS semakin hampir dgn PUTRAJAYA

tomie

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
74,084
Joined
Dec 25, 2006
Messages
74,084
Reaction score
8,321
Points
886
PAS lancar dana bina kompleks RM 27 juta di Putrajaya

bngunan+PAS1.jpg


PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Siasahdaily..


- kedahlanie..!! -
 
wahh ini sudah bagus nih
 
kira murah tu 27juta, kalo pihak satu lg yg buat agak2 leh cecah ratus juta..
 
Macam mana cara nak derma nie?
 
kira murah tu 27juta, kalo pihak satu lg yg buat agak2 leh cecah ratus juta..

biasala.... 27 juta duit projek, 27 juta duit poket... jadila 54 juta :))

tahniah PAS... mari kita sumbang untuk menjayakan projek ni...
semoga berjaya siap dengan jayanya.. amin
 
dgn adanya komplek ini ceramah pas lebih mantap dan selesa utk pengunjung....
 
27 juta je..??!! :D
tahniah PAS...
 
kira murah tu 27juta, kalo pihak satu lg yg buat agak2 leh cecah ratus juta..

Dia tak tambah walau 1 ringgit pun, tiada apa ditambah, hanya kosong je jadi 270juta...
 
27 juta sebab buat cara gotong royong...
tahniah PAS...
 
PAS maju setapak lagi...semoga islam terus gemilang
 
Back
Top
Log in Register