BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS patut terajui Putrajaya, ada calon layak, kata perwakilan Kedah

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

PAS patut terajui Putrajaya, ada calon layak, kata perwakilan Kedah​

4c69e5a5-be4d-47a7-a24d-6b466635404b-Ilyas-Ahmad-fmt-030926-1.jpg

Perwakilan Pemuda PAS Kedah Ilyas Ahmad gesa Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden agar memastikan parti itu berjaya ambil alih Putrajaya.

Ilyas Ahmad berkata, PAS layak menjadi teraju utama kerajaan kerana mempunyai rekod bersih dan tidak terpalit dengan isu rasuah, termasuk ketika mentadbir kerajaan.

“Kita nak kali ini penyatuan ummah ini mesti diterajui oleh PAS pada peringkat persekutuan. Kita tak mahu dengar lagi sebut tak apalah, bagi orang lain jadi perdana menteri … Kali ini kita nak pastikan PAS jadi teraju utama pada peringkat persekutuan.

“Ketua Pemuda (Afnan Hamimi Taib Azamudden) tolong dengar, pastikan ini berlaku, insyaAllah,” katanya ketika membahaskan ucaptama ketua Pemuda PAS Malaysia sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-67.

Mengulas lanjut, Ilyas berkata, usaha memperkukuh penyatuan perlu dijayakan sebaik mungkin tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

Katanya, piagam berkaitan penyatuan itu perlu disusun sebaik mungkin supaya berpaksikan teras asas yang dipersetujui bersama, selain berlandaskan semangat saling menghormati.

Dalam pada itu, Ilyas turut membidas pemimpin DAP dan Amanah kerana didakwa semakin berani memperlekeh PAS dengan melabel parti itu sebagai Taliban dan menuduhnya menunggang agama.

“Dituduhnya kita Taliban, orang Islam sakau, tunggang agama dan sebagainya. Nak tanya DAP dan juga Amanah, kalau kita orang Islam tak tunggang agama, kita nak tunggang apa?”

“Kita sebagai orang Islam akan memastikan bahawa PAS akan terus menunggang agama dalam perjuangan kita menegakkan agama Islam di Malaysia ini,” katanya.
 
PAS dan UMNO lah yang membela kemasukan warga Rohingya.....lagi nak tadbir negara.....rosak habis generasi melayu akan datang kalau dibiarkan kedua parti ni tadbir negara.....dorang tunggang agama dan naratif bangsa untuk dapat undi orang melayu beragama islam.....bila dah berkuasa, dorang jadi pembela warga Rohingya......hahahahahaha

Masa ni satu dunia kesian pada rohingya bang 2016 Cuba google.

Isu rohingya ni dah bagi betis nak peha.

PH lagi berani masukkan menifesto Utk pelarian rohingya supaya Malaysia merektifikasikan convention Geneva 1951 secara hybrid ikut federal constitution. Ala mcm cadangan SST nk hybrid dgn GST 🤭
  • Isu Ratifikasi Konvensyen PBB: Di bawah Janji 26, PH berjanji untuk meratifikasikan konvensyen hak asasi manusia antarabangsa yang bersesuaian, serta mengesahkan status pelarian melalui Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk membolehkan mereka bekerja secara sah secara sementara.
 
Masa ni satu dunia kesian pada rohingya bang 2016 Cuba google.

Isu rohingya ni dah bagi betis nak peha.

PH lagi berani masukkan menifesto Utk pelarian rohingya supaya Malaysia merektifikasikan convention Geneva 1951 secara hybrid ikut federal constitution. Ala mcm cadangan SST nk hybrid dgn GST 🤭
Kesian tu satu hal.....tunggang isu demi mileage politik pun satu hal jugakkkk...
.huhuhuhu

Yang kena hadap sekarang, orang-orang melayu kelas bawahan, sebab rumah dorang bukan dalam kawasam elit.......yang sedap, geng-geng politician yang raih laba.....rumah pun di kawasan strategik jauh dari penempatan rohingya...
 
Mungkin Rohingya belum kaya tak mampu nak duduk area Down town :)

Kat Malaysia ni mmg perlu politik gain tapi bila melampaui batas berjanji yg tu tak blh nak tolong. Rohingya ni pulak isu dah lama cuma bilangan pelarian tu makin bertambah.

Naik lemak pun satu hal, kita masih anggap diorg ni anggap sebagai PATI dan bukan Pelarian Perang. Rohingya ni satu hal dah duduk aman kat sini mcm-mcm pulak dia mintak. Bila tak penuhi permintaan, diorg ngadu kat UNICEF/PBB. dan PBB pulak mesti bagi tekanan sikit kat Malaysia.
 
Back
Top
Log in Register