BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS mula letak calon bukan Islam

Halimm

Active+ Member
Messages
3,963
Joined
Aug 18, 2009
Messages
3,963
Reaction score
14
Points
25
PAS mula letak calon bukan Islam

Jimadie Shah Othman
Jun 11, 10
12:32pm

Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmarin.

"Bagaimanapun mereka hendaklah faham pada ajaran Islam serta bermoral tinggi," katanya menjelaskan syarat-syarat yang dikenakan bagi melayakkan pemilihan golongan itu.

Abdul Hadi (gambar, tengah) bagaimanapun berkata jumlah kerusi dan kawasan pilihan raya yang diperuntukkan bagi golongan itu setakat ini masih dikenalpasti.

Ditanya kemungkinan tindakan PAS itu bakal menyebabkan pertindihan dengan calon PKR dan DAP, Abdul Hadi yakin akan adanya persefahaman dalam antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat berhubung keputusannya itu.

"Kita akan tanding di tempat PKR dan DAP tidak bertanding," katanya dalam sidang media selepas merasmikan muktamar PAS ke-65 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa, di Kelantan hari ini.

Dalam pilihan raya umum dua tahun lalu, seorang penganut Hindu Kumutha Raman bertanding 'mewakili' PAS di Johor. Penyokong PAS itu bagaimanapun bergerak sebagai calon bebas.

Tak gopoh tonjol dalam Pakatan

Ditanya tentang mekanisme PAS bagi mengelakkan calon bukan Islam mereka melompat parti, Abdul Hadi berkata kesemua calon dikehendaki mengadakan iqrar atau perjanjian dengan parti.

"Lagi pun, orang yang bermoral tidak akan melanggar perjanjian," katanya.

PAS sebelum ini berjaya mengekang fenomena lompat parti dalam partinya melalui "baiah" (sumpah taat setia) sesama Islam.

Bagaimanapun, mekanisme tersebut tidak boleh dilakukan terhadap penyokongnya yang berbeza agama.

Sementara itu, Abdul Hadi juga menolak tanggapan bahawa PAS cuba mendominasi Pakatan melalui strategi barunya dalam pilihan raya umum itu.

"Kita tidak gopoh untuk menonjolkan diri," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

"Bagi kita, mempertahankan Islam itu lebih penting daripada strategi."

p/s >>wow... satu keputusan yg aku x jangkakan... :D
 
Cayalah Tok Guru. Yg last sekali tu yg best.
"mempertahankan Islam itu lebih penting daripada strategi"

:)cgrock
 
Islam itu pengasih. Bukan monopoli punya kaki.
bersifat terbuka ..tapi ada batasannya.
takbirrrrrr... :p
 
kalau kawasan majoriti bukan Melayu Islam ok la... jgn folo hulu selangor suda...
 
serahkan pada yang pakar........
 
kalau kawasan majoriti bukan Melayu Islam ok la... jgn folo hulu selangor suda...

memang untuk kawasan mejoriti bukan islam sebenarnya ..IsyaAllah sedikit demi sedikit pas secara tidak lansung dapat menjalankan dakwah islam kepada orang2 kafir dan akan mengurangkan kerusi parti bukan islam yg lain..
 
Lepas ni kerusi PAS blh bertambah sbb xde lagi alasan PAS hanya blh bertanding di kwsn majoriti Melayu je
 
idea yang bagus. tahniah. DAP boleh letak calon melayu/islam. maka PAS pun tentu boleh buat benda yang sama.
 
idea yang bagus. tahniah. DAP boleh letak calon melayu/islam. maka PAS pun tentu boleh buat benda yang sama.


lepas ni padayappa (hindu), stephen chow sin ci (kristian) , kong kek kwat (pagan) / kong kek liaw (free thinker) boleh jadi calon atas tiket PAS....bahaya betul...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register