BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS minta MB perjelas 'larangan Ramadan'

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Pemimpin tertinggi PAS berkata kerajaan Kedah pimpinan parti itu akan memaklumkan jawatankuasa pusat parti esok mengenai keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga anggota jawatankuasa Pusat PAS telah diminta memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

"Ia merupakan mesyuarat biasa bulanan jawatankuasa pusat PAS tetapi sejak isu ini menjadi perhatian, kita memutuskan untuk meminta Kedah memberikan taklimat penuh berhubung perkara itu.

"Bagaimanapun, beliau (Azizan) tidak dapat melakukannya kerana mempunyai komitmen yang lebih awal. Sebaliknya beliau akan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan isu itu," katanya ketika dihubungi.

Kerajaan negeri mengumumkan pada Rabu berhubung keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Bagaimanapun, keputusan itu dikecam pelbagai pihak terutama parti politik seperti MCA dan Gerakan.

Malah, rakan pakatan pembangkang, DAP meminta kerajaan Kedah pimpinan PAS supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan semasa bulan Ramadan.

Pemuda Gerakan Kedah juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah jika ia gagal menarik balik larangan ke atas pusat-pusat hiburan untuk beroperasi di negeri itu dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, Mustafa berkata kepimpinan parti hanya akan memberikan reaksi berhubung perkara itu selepas mendapatkan penjelasan semasa mesyuarat itu yang akan diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, esok.

http://www.malaysiakini.com/news/170075
 
MCA dgn GERAKAN pun dah pandai bersuara dulu tak cam ni.
 
Masa ni la nak membuktikan bahawa perjuangan PAS mendahulukan Islam dari yang lain... ;)
 
yerlah zaman mahathir sapa pun tak berani bersuara,klu cakap lebih mmg kena punya.Naik ja paklah semua berani pijak pala sampai lah skrg.
 
Hahaha... Masa ni lar penyokong umno nk uji pas...

Umno mmg x yah diuji... Dh kompem x lepas!!!
 
Bukan ke Mahathir tu digelar diktator.. :)
So kalau dengan cara diktatorship dia, org2 macam ni tak berani pijak kepala, maknanya ada juga la kebaikkan si diktator ni.. ;)
 
Hahaha... Masa ni lar penyokong umno nk uji pas...

Umno mmg x yah diuji... Dh kompem x lepas!!!

pulak dah umno yang salah.yang nak tu DAP tak cerdik ropa nya:mad::mad::mad:
 
kejap lagi kecoh ler thread nie hehehehe.....
 
Hahaha... Masa ni lar penyokong umno nk uji pas...

Umno mmg x yah diuji... Dh kompem x lepas!!!

YB cuma perlu buat apa yg dah diwartakan...:)

Kelmarin Azizan berkata akan melaksanakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan seperti mana dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang digubal masa era BN.

Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru.
 
Laksanakan je larangan tu. Aku sokong 100%. Dulu masa zaman Mahathir kt Kubang Pasu, mana ada pusat hiburan pun, pusat pendidikan byklah. La ni berlambak-lambak pusat snooker la, pusat karaoke la, pusat bowling la,cyber cafe ala2 kedai game la, tu kat Napoh punya besar disco/bar/nite club. Takdak sapa kacau pun. Tak semestinya nak memajukan sesuatu bandar tu kena ada pusat hiburan. Aku sokong Ustaz Azizan. Alahh, tutup sebulan bulan puasa je pun, yg puak2 tu dok bising watpa? Baru la budak2 muda remaja nk pi terawih mlm2, dari dok melepak kat cc atau pusat snooker.
 
Back
Top
Log in Register