BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS Hipokrit Isu Judi

zhary

Active Member
Messages
1,550
Joined
Apr 29, 2010
Messages
1,550
Reaction score
26
Points
30
Diambil dari sebuah blog..

Kononnya PAS akan mengadakan demonstrasi menentang judi besar-besaran. Tarikh kami tidak mahu sebut pasal tak mahu galakkan. Ini tidak lain, dan tidak bukan, nawaitunya hanya permainan politik tak sabar2 dan memberontak menjatuhkan kerajaan. Atas sebab itu dan sebab2 seterusnya, tak perlu dan baik jangan ikut demo tersebut. Nanti terpalit muka sendiri:

•Kepala yang suka mengatur demo tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat. Dialah juga yang mengatur demo PPSMI. Orang yang datangkan huru hara dikutuk Allah - firman. Kalau Menteri KDN baca, jangan beri amaran dan rasa salah nak tangkap masuk jel dia ni. Masukkan dekat2 kampung dia di Simpang Renggam.

•Demo ini taktik politik Pakatan yang dah jadi kebiasaan sejak Bersih dan Hindraf pada 2007. Tiap2 tahun mesti nak buat demo besar-besaran di KL. Tempat lain tak mahu, tapi mesti KL kerana mahukan publisiti antarabangsa. Shah ALam tak mahu, KB dan Alor Setar tak nak, dan Georgetown pun tak ingin. Nak KL juga.

•Terima atau tidak, kerajaan BN yang dikepalai oleh UMNO tidak ada keluarkan lesen judi sejak tahun 1981.

•Melainkan lesen judi yang dikeluarkan untuk Sandakan Turf Club di Sabah kepada Mycom dan slot machine yang banyak berkembang semasa seorang Sheikh yang baru digelar Ketua Pembohong memegang jawatan Menteri Kewangan. Sekarang baru berkurangan slot machine.

•Ketua Umum Pakatan belum jawab kenapa dia keluarkan banyak lesen2 judi semasa memegang MOF? Ada pendedahan Dato Nalla bahawa dia ada ambil duit Magnum cash RM60 juta.

•Malah sepanjang masa dari 1981, teriakan dalam UMNO mahu kerajaan tarik lesen2 judi. Tapi tidak boleh dilakukan kerana judi adalah sebahagian dari budaya Cina. Dato Tuan Haji Mahfudz "Mr Bean" Omar pun setuju dengan pendirian kerajaan semasa itu:

•Lesen judi terbagi dua - lesen operasi dan lesen premis. Lesen operasi berada di bawah Kementeriaan Kewangan dan lesen premis berada bawah kerajaan tempatan dan secara tidak langsung bawah kerajaan negeri. Kalau sungguh Pakatan tak setuju dengan judi, silalah tarik balik lesen2 premis di negeri2 Pakatan.

•Sungguhkah PAS dalam hal2 judi ini? Betul di Kelantan tak ada jual Sports Toto dan Magnum 4D. Tapi kenapa Kedah yang dikuasai oleh PAS masih jual Sports Toto dan ENE? Tak ke double standard?

•Jangan DAP nak menyamar buat2 alim sekarang. Masa UMNO bising tuntut tarik balik lesen2 judi, DAP akan bising untuk Cina dengan mengatakan judi adalah hak dan budaya Cina. Berani ke mereka tutup kedai2 judi di Pulau Pinang?

•Kerajaan sudah kurangkan dan kawalkan jumlah slot machine tapi ia berkembang di bawah kerajaan Pakatan di Selangor. Taukeh2 judi haram yang membuka slot machine haram, casino dan rumah2 judi haram tanpa lesen MOF di Selangor. Ini seperti kedai judi Sekincan diraid polis tapi majlis tempatan tidak tarik lesen premis.

•Sebenarnya DAP konon menentang kerana tidak mahu sumber duit DAP yang datang dari wang pasaran gelap terputus. Taukeh2 judi haram adalah yang terlibat dalam judi World Cup. Sumber wang ini yang DAP sebenarnya pertahankan.

•Duit2 haram ini berbillion2 banyaknya. Samada lesen dah keluar atau tidak kepada Ascot, itu perkara lain. Terlalu banyak kegiatan ekonomi haram yang terlepas dari pemantauan pihak berkuasa dan cukai. Mekanisma cukai dan lesen boleh mengawal kegiatan dari merebak. Sebaiknya cukai judi diasing dari hasil cukai halal dan khususkan untuk perbelanjaan tertentu.

•Dengan melesenkan kegiatan haram ini, ianya lebih mudah dipantau dan dikawal dari dikuasai oleh gangster. Jika dibiarkan, ianya menguatkan kumpulan gelap untuk menguatkan kuasa dan operasi jenayah mereka.

•Duit haram atau money spinning mengalir masuk kegiatan ekonomi biasa untuk pembersihan. Ini sering menyebabkan mispricing dalam ekonomi dan menimbulkan suasana persaingan palsu dari underpricing. Dan ini juga antara senjata rahsia peniaga Cina untuk memonopoli ekonomi.

•Secara ideal baik jangan ada judi tapi tak semudah itu. Maka kita orang Islam yang tahu benda itu haram, patut usah terlibat. Kerajaan boleh kawal tetapi iman tanggungjawab sendiri. Tepuk dada tanya iman masing2. Adakah rapuh sekali iman orang PAS dan PKR hingga perlu dibimbing macam kanak2? Apa garenti orang PAS dan PKR tidak melawati kedai2 judi haram yang banyak di Selangor?

•Akhir sekali, tak payah berdemo. Baik UMNO atau PAS atau PKR, sendiri mahu ingat. Berdemo bukan cara Islam.
 
baguslah tu.. jumaat2 cmni sebarkan pitnah... teruskan teruskan..:p

sebab tu orang2 tua cakap jangan pisahkan agama dan politik.. nnti otak jadi cmnilah..

Perspektif politik juga melibatkan agama.. bila dah asingkan maka usul agama diketepikan... sebab berhambakan undang2 sekular negara...
 
Last edited:
hurm..kenapa tak nak sebutkan tarikh..pelik betul haku..
 
Sebagai orang Islam, kena nilai adakah yg kerajaan nak benarkan ini satu kebaikan, atau pun satu kemungkaran yg membawa keburukan mengikut Islam. Tak payah belit2, nilaikan saja....

Kalau ianya kemungkaran yg lebih membawa keburukan, ikutlah suruhan agama Islam.

"Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya. Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian adalah selemah-lemah iman"

Demonstrasi di anjurkan GMJ (Gerakan Rakyat Membantah Judi) tu pun termasuk dalam usaha2 mencegah kemungkaran yg di sarankan di atas, selagi tidak melakukan kerosakan kepada pihak lain.

Kalau ada yg berpendapat judi tu satu kebaikan, boleh la sokong!!!!
 
TT, post macam ni, rasanya akan jadi lebih berinformasi kalau diselitkan dengan link source. Kalau tak nanti dicemuh sebagai fitnah je. Kalau macam ni nak kupas satu-satu point TT pun susah.
 
TT, post macam ni, rasanya akan jadi lebih berinformasi kalau diselitkan dengan link source. Kalau tak nanti dicemuh sebagai fitnah je. Kalau macam ni nak kupas satu-satu point TT pun susah.

betul..aku sokong...link kene ada :)paid
 
hurm..kenapa tak nak sebutkan tarikh..pelik betul haku..

Tak pa... aku tolong sebut!!!
:):):)

Permit polis: Perhimpunan tetap diadakan


Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ) mengemukakan permohonan kepada ibupejabat polis daerah Dang Wangi untuk mendapatkan permit untuk berhimpun dan berarak pada 3 Julai depan untuk membantah pemberian lesen judi sukan.

Permohonan permit tersebut diserahkan oleh pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid pada jam 4.30 petang tadi.

Azmi yang juga presiden TERAS, turut ditemani setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat dan ketua Angkatan Muda Selangor (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Sejurus selepas membuat permohonan lima minit kemudian, ketiga-tiga pemimpin GMJ dipanggil untuk bertemu dgn ketua cawangan khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Azmi menjelaskan bahawa pertemuan dengan Izan lebih tertumpu kepada program yang akan berlangsung pada tarikh tersebut.

Katanya, beliau meminta kerjasama pihak polis untuk membenarkan orang ramai berhimpun dan bearak bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Azmi, dalam perhimpunan pada 3 Julai itu, orang ramai akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara pada jam 2 petang, sebelum berarak ke Istana Negara.

Katanya, perhimpunan tersebut akan turut disertai oleh pemimpin NGO dan parti-parti politik.

Azmi berkata, polis akan memaklumkan kepada mereka mengenai keputusan permohonan permit itu.

Tambahnya, sekiranya permit tidak diluluskan, perhimpunan tersebut akan tetap diterus seperti yang dirancang.

"Kehendak rakyat dan masyarakat bersedia untuk bersama dengan perhimpunan ini. Kita sudah memutuskan akan berhimpun dan bergerak ke Istana Negara," katanya.

sumber

Perhimpunan tanpa mengira perbezaan politik, bangsa, agama, umur, jantina etc....
 
Last edited:
Betul jugak tu, buat jelah Demo di Kuala Krai atau di Tumpat jer..Kenapa nak kat Kuala Lumpur.


Sebagai orang Islam, kena nilai adakah yg kerajaan nak benarkan ini satu kebaikan, atau pun satu kemungkaran yg membawa keburukan mengikut Islam. Tak payah belit2, nilaikan saja....

Kalau ianya kemungkaran yg lebih membawa keburukan, ikutlah suruhan agama Islam.

"Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya. Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian adalah selemah-lemah iman"

Demonstrasi di anjurkan GMJ (Gerakan Rakyat Membantah Judi) tu pun termasuk dalam usaha2 mencegah kemungkaran yg di sarankan di atas, selagi tidak melakukan kerosakan kepada pihak lain.

Kalau ada yg berpendapat judi tu satu kebaikan, boleh la sokong!!!!
 
tak takut ke esok dekat dlm kubur & akhirat bila Allah tanya judi&arak tu halal ker?...korang nk jawab apa?...dah tentu haram kan,tapi ada pulak yg org islam boleh kata halal pulak...lantak korang la:)
 
Betul jugak tu, buat jelah Demo di Kuala Krai atau di Tumpat jer..Kenapa nak kat Kuala Lumpur.

Kalau Agong ada kat Kuala Krai, boleh la demo kat Kuala Krai & serah memorandum kat Agong di sana. Ni Agong ada kat KL!!!! :)):)):)):eek::eek::eek:

Pendapat Cik Judy pulak camana, samakah dengan Pemuda & Puteri UMNO yg turut membantah lesen judi bola ni???? :):):)

ke Masjid jom!
 
Back
Top
Log in Register