BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas dicabar bawa hudud ke Parlimen

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
BATU PAHAT – Pas dicabar membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan ke Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau ingin melihat reaksi sekutu kuat Pas, iaitu DAP dan PKR, seandainya Pas membawa isu itu ke Parlimen.

“Pemimpin Pas perlu buktikan mereka bukan berani cakap saja. Mereka sebenarnya takut dengan DAP, PKR. Sebab itu mereka tidak berani bawa usul itu ke Parlimen, sebaliknya salahkan Kerajaan Pusat sebagai penghalang,” katanya.

Mohd Puad berkata, Pas juga tidak bersikap realistik dan hanya menggunakan hudud untuk kepentingan politik sehingga sanggup menolak saranan diwujudkan Akta Murtad yang lebih mudah untuk dilaksanakan.

“Saya hendak tengok DAP dan PKR sokong atau tidak. Pas perlu menilai diri sendiri, baru boleh bercakap kerana bukan mudah melaksanakan hudud.

“Jangan hanya cakap Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang. Kalau berani, bawalah ke Parlimen. Jangan hanya menyalahkan orang sana sini sampai Akta Murtad yang lebih mudah untuk diwujudkan terutama di Kelantan, dia tak hendak buat,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan masjid baru bagi menggantikan Masjid Jamek Parit Bilal, semalam

Mohd Puad berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membayangkan Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah terkandung dalam hudud menunjukkan parti itu tidak bersikap positif dengan sebarang langkah tidak memberi faedah politik kepada Pas.

Menurutnya, Akta Murtad perlu dilaksanakan bagi menangani gejala murtad dalam kalangan umat Islam yang semakin membimbangkan, terutamanya yang membabitkan golongan muda.

“Sebenarnya perkara ini (murtad) bukan sesuatu yang baru kerana dalam Perlembagaan sudah pun disebut cukup jelas. Oleh itu, Akta Murtad ini penting untuk menjaga akidah umat Islam,” katanya.

sumber
 
aku x heran kalu DAP,MCA, MIC, GERAKAN x sokong hudud...
tp aku akan heran kalu UMNO yg mengaku melayu islam x sokong hudud..
 
Back
Top
Log in Register