BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parti liar budak WeChat diserbu

my360cam

Active Member
Messages
1,625
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,625
Reaction score
65
Points
30
image.jpg


KEMAMAN - Keseronokan sekumpulan 35 remaja berparti liar sambil 'lalok' di sebuah apartment di Bandar Baru Kerteh, di sini terbantut apabila diserbu pihak berkuasa, semalam.

Ketika serbuan diadakan kira- kira jam 4 pagi itu, 10 remaja sanggup gadai nyawa dengan bertindak terjun dari apartmen berkenaan yang berada di tingkat dua dan tiga untuk meloloskan diri.


Penolong Pegawai AADK Kemaman, Rahama Abd Razak berkata, kesemua remaja tersebut berasal sekitar Paka, Kerteh dan Chukai dan dipercayai berhubung menerusi aplikasi WeChat untuk mengadakan parti berkenaan.

"Serbuan berkenaan dijalankan oleh 16 pegawai dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Kemaman, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis.

"Kesemua remaja yang ditahan berusia antara 14 hingga 24 tahun termasuk lapan daripadanya adalah perempuan," katanya.

Beliau berkata, seramai 16 daripada 35 remaja yang berjaya ditahan turut didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

“Daripada 16 remaja yang positif dadah itu, enam adalah perempuan termasuk seorang yang berumur 16 tahun dan sudah tidak bersekolah.

“Hasil ujian urin mendapati mereka mengambil dadah jenis eramin 5 dan pil kuda,” katanya.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 manakala mereka yang positif dadah turut disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah.
 
Standar parti bebudak kampung..mesti pompuan berapa kerat jer..

Datang KL ni..baru ramai pompuan
 
35 orang, 27 laki, 8 pompuan.. nisbah 3 laki sorang pompuan.. bajet nak kekah ke ni? be.ngong.. oh my terengganu.. ~X(~X(~X(
 
Standar parti bebudak kampung..mesti pompuan berapa kerat jer..

Datang KL ni..baru ramai pompuan

"pompuan" tue kne tgk betul2 takut sbb dlm gelap je...kalo pasang lampu pondan :D
 
Wow advance. Masa aku remaja xde parti liar gi ni.
 
Back
Top
Log in Register