BTC USD 82,360.1 Gold USD 4,088.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parti bertukar tragedi

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NEW YORK - Hasrat seorang remaja meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-16 berkecai setelah sekumpulan samseng merosakkan partinya, lapor sebuah akhbar semalam,

Remaja itu, Cheyenne Jeudy mengambil masa beberapa bulan untuk merancang parti tersebut namun majlis melibatkan kos AS$50,000 (RM177,775) di dewan katering Queens berakhir dengan beberapa gadis remaja dicabul.

Samseng itu mabuk kerana mereka menghadiri satu majlis perkahwinan di dewan berdekatan.

Dalam satu saman yang dikemukakan di sebuah mahkamah di sini oleh peguam Denise Jeudy mendakwa, parti yang diuruskan oleh syarikat Russo's on the Bay tidak mempunyai pengawal keselamatan bertugas sekali gus menyebabkan kejadian itu berlaku.

"Mereka (samseng) mabuk. Mereka mengganggu rakan-rakan saya ketika kami menari. Rakan-rakan saya ditolak ke lantai. Saya malu dan marah," kata Cheyenne. Menurut ibu Cheyenne, anaknya menghabiskan masa beberapa bulan untuk merancang parti tersebut.

Sebahagian saudara Cheyenne itu datang dari Trinidad dan Kanada manakala kostum tarian parti tersebut menelan kos yang tinggi.

Berikutan kes tersebut, empat lelaki dari Brooklyn iaitu Neville Laibhen, Einstein Laibhen, Steve Perrin dan Andy Delbrun ditahan kerana menyerang dan memiliki senjata dalam satu kejadian pada Julai tahun lalu.

Kesemua empat lelaki itu dinamakan dalam writ saman tersebut dengan meminta ganti rugi berjumlah berjuta-juta dolar. - Agensi
 
Huih siap ler 4 ekor mamat pengacau tu..kena saman berjuta2 dollar tuh
silap haribulan tergadai maruah nak byr tuh..
Xkan parti terbuka kot dah blanje mahal2...
security maner?
 
Back
Top
Log in Register